Khamis, Mac 26, 2009

EPISOD CIUM ATAU KUCUP...?

Semalam terjadi lagi episod cium atau kucup? oleh pemimpin itu, gaya cium atau kucup? beliau lebih lembut dan hormat pada tahun ini.

Katanya, tidak ada niat di sebalik apa yang dilakukan, selain untuk melihat keris sebagai simbol yang boleh menyatupadukan dan simbol untuk merapatkan pelbagai kaum. "Tetapi apabila disalahtafsirkan oleh mereka yang berkepentingan, maka hari itu saya telah meminta maaf."(Dan) hari ini saya telah menjalankan adat. Akhirnya amanah itu telah diserahkan kepada saya untuk dibawa ke hadapan," (kutipan Malaysiakini - 25 Mac 2009)

Terdapat pelbagai laporan dalam media yang boleh dibaca tentang episod ini, ada yang menyatakan beliau cium..., ada melaporkan beliau kucup..., Maka untuk meleraikan makna dua perkataan ini, diperturunkan makna perkataan tersebut yang terkandung dalam Kamus Dewan Edisi 4:

cium
= ciuman;
· bercium
1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup;
· bercium-ciuman
saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~;
· mencium
1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, berantuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga;

kucupI
· kucup; berkucupan
(saling) berciuman (dgn melekatkan bibir);
· berkucup
bercium (dgn melekatkan bibir): nampaknya anak-anak muda kita semakin berani ~ di khalayak ramai;
· mengucup
mencium dgn melekatkan bibir pd bibir atau pd sesuatu: ia ~ dahi anak itu.

kucupII
Mn; mengucupkan menguncupkan; kuncup I.

3 ulasan:

Hanita Hassan berkata...

Baguslah pakar bahasa kita menerangkan. Tak perlulah gaduh lepas nie.

Azhar Salleh berkata...

Aku tak takut untuk mengucup keris ini kerana aku akan kelihatan berani memperjuangkan bangsa Melayu! Lagi satu, aku nak menang, beb!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Hanita,
Diri ini bukan pakar tetapi ada sikit-sikit ilmu boleh dikongsi bersama kerana... 'TIDAK TERCEMAR DIRI JIKA BERKONGSI ILMU' (pinjam kata 'tercemar diri' daripada bekas pemimpin agung itu...)

Cikgu,
Dia dah menang... tersengih dan ketawa besar dia malam itu... semacam memperli @ menyindir penentang PPSMI agaknya?