Khamis, Julai 08, 2010

SANTAI PD 2010: JERMAN HEBAT - SOTONG KURITA - 'GRACIAS EL-MATADOR' - 'KU BAHAGIA'

Sepanyol bukanlah pasukan yang mantap ketika PD 1982...


'Ku Bahagia'
Sekitar pukul 6.40 pagi melalui siaran Radio Sinar FM, juruhebahnya Khairil Rashid berkata-kata dalam usikan ceria... "terimalah lagu 'Ku Bahagia' Melly Goeslow buat penyokong Sepanyol...", lalu lagu itu berkumandang. Sebelum itu, juruhebah Saleh Yaakob membaca tajuk-tajuk berita yang bakal disampaikan sepenuhnya jam 7 pagi dalam loghat Sepanyol (menjadi macam loghat Thailand pula...). Ya... Sepanyol menang 1-0 hasil jaringan tandukan cantik Carlos Puyol. Ketika menyaksikan perlawanan Sepanyol - Jerman ini, tangan ini cukup aktif menekan alat kawalan jauh televisyen (remote control) - sesekali tekan rangkaian 101 (TV1), 801 (Astro Arena) dan Astro 805.
Lucunya dalam rangkaian Astro Arena 801 ketika ulasan dan paparan selepas tamat perlawanan oleh Akhbar Sahari bersama bekas pemain Perak, Ahmad Shahrul Azhar; disebut bahawa pasukan Sepanyol dan Belanda kali pertama berjaya ke perlawanan akhir... Sepanyol memang kali pertama masuk perlawanan akhir tetapi Belanda sudah dua kali menjejak perlawanan akhir sebelum ini, dan satu lagi dipaparkan visual pilihan pemain terbaik perlawanan iaitu Carlos Puyol sebagai 'pemain penyerang'? Apalah tahap pengulas Malaysia ini...?


Jerman Tetap Hebat...!
Walaupun kalah kepada Sepanyol, Jerman tetap punyai rekod yang cukup membanggakan dalam kejohanan Piala Dunia (PD). Selaku pasukan yang telah menjuarai PD sebanyak 3 kali (1954 - 1974 - 1990), Jerman merupakan pasukan paling kerap memasuki peringkat separuh dalam sejarah PD. Edisi PD 2006 Jerman, pasukan Jerman juga gagal pada peringkat separuh akhir iaitu tewas kepada Itali 0-2 dalam masa tambahan. Jerman dibanggakan dalam PD 2010 kerana berjaya menjinakkan England (4-1) dan Argentina (4-0) pada peringkat pusingan kedua dan suku akhir. Pemain muda yang dimiliki kini akan bakal menyengat lagi dalam EURO 2012 dan PD 2014 nanti.


Sotong Kurita Diancam Bunuh?
Ramalan atau tilikan 'Paul' seekor sotong kurita bahawa Sepanyol layak ke perlawanan akhir dengan menewaskan Jerman menjadi kenyataan. 'Paul' kini lebih popular dalam PD 2010 berbanding nama-nama besar seperti Rooney, Ronaldo, Kaka, dan Messi sehinggakan 'Paul' diancam bunuh lalu ingin diratah dagingnya oleh penyokong Argentina kerana ramalannya bahawa Argentina akan tewas kepada Jerman pada peringkat suku akhir menjadi kenyataan.
Gracias El-Matador!
Selayaknya Sepanyol menang ke atas Jerman dengan jaringan 2-0 atau 3-0. Salah satu yang hampir pasti gol pada minit ke-81 pabila peluang yang ada di hadapan pintu gol Jerman hanya melibatkan pemain Sepanyol, Pedro dan Torres tetapi Pedro dengan 'tamak haloba' tidak langsung melorongkan bola kepada Torres lalu berjaya disekat pertahanan Jerman. Iniesta juga dalam perlawanan ini banyak mengawal bola secara individu serta agak lambat membuat hantaran kepada rakan yang yang lain. Xabi Alonso pula gagal dalam 2-3 tendangannya dari luar kotak penalti.
Sepanyol bermain penuh teliti dan secara teratur sehinggakan banyak masa pemain Jerman terpaksa mengikut rentak untuk mengawal pergerakan cantik dan menarik rangkaian pemain Sepanyol. Kecekapan Neuer, penjaga gol Jerman juga menafikan tambahan 1 atau 2 gol Sepanyol kecuali tandukan kencang Puyol hasil sepakan sudut yang gagal diselamatkan oleh Neuer. Hairan juga kenapa pemain pertahanan Jerman yang tegap dan tinggi lampai seperti terkejut lalu kurang mencabar tandukan Puyol ini? Puyol melonjak untuk menanduk bersama seorang lagi pemain pertahanan Sepanyol iaitu Pique.
Dalam perlawanan akhir nanti akan muncul juara baharu kali pertama Piala Dunia. Sepanyol kali pertama layak ke perlawanan akhir manakala Belanda sudah dua kali meraih naib juara (1974 - 1978). Khabarnya Belanda tidak mahu lagi bergelar 'pasukan sindrom hampir juara'. Sepanyol ingin mencipta beberapa sejarah antaranya menjadi negara yang menjuarai PD selepas meraih juara EURO pada tahun 2008. Jerman pernah lakukan sebegini ketika menjuarai EURO 1972 lalu memenangi PD tahun 1974. Pasukan Perancis agak terbalik pula pabila juara PD tahun 1998 lalu seterusnya juara EURO 2000.

Catatan: Yang pastinya pasukan jersi ADIDAS atau NIKE akan mencul juara nanti, jersi lain seperti PUMA atau JOMA atau LEGEA atau BROOKS tidak akan bergelar juara dalam PD 2010 ini. Yang pastinya jersi NIKE BRAZIL juga bukanlah juara kali ini...!

6 ulasan:

zaid berkata...

RAR dah miliki Adidas merah tertulis Standard Chartered?
:-) Gerrard akan menyarungnya lagi.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
Khabarnya Gerrard akan ke Real Madrid...? Mungkin Liverpool perlu ambil @ beli Di Maria, pemain muda Argentina yang memastikan Argentina menang pingat emas Olimpik di Beijing 2008 lalu...
Habis bagaimana dengan Torres, jadikah beliau ke Chelsea?

Sham al-Johori berkata...

Tuan Rusdi dan Zaid,
Ni apa cerita pasal Liverpool atau Real Madrid ni? Habiskan dulu cerita PD 2010, lepas tu ceritalah pasal kelab.

ii
Pasal sotong kurita tu, ramai orang dah jadi kurafat; percaya kepada benda tahyul. Otak manusia pun dah jadi otak sotong.

iii
PD 2010 benar-benar di luar jangkaan. sapa sangka spain boleh jumpa belanda? Gila betullah bola ni. PD punya pasal saya dah 3 kali kena belanja isteri dan anak2 Pizza Hut.

Hai geram betullahhh. Lepas ni saya nak sokong SPURS balik.

Zaid Akhtar berkata...

Tuan Sham al Johori,
anda bertaruhkah hingga kena belanja di Pizza Hut? Bertaruh tu judi tu tau, Bukankah tuan yang nak pergi demo di Istana Negara temapoh hari?

RAR,
Di Maria Real tu dah beli.
Gerro kalau pindah mungkin juga ke Real. Mustahil dia akan main untuk Chelsea.

Ameen Homestay berkata...

jersi baru :)
pengurus baru :)
harap2 uncle roy x menangis pd game pertama jupa uncle wenger.

p/s : korang sebagai peminat mati keras livpol, tolong la suruh uncle roy tu sikat rambut. Minyak kan sikit guna minyak zaitun. mcm x mandi je. mcm mna nak dpt semangat menang EPL, manager je dah mcm x terurus diri je heheh

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Shamsudin,
Gimik 'sotong kurita' itu hanya buatan pihak di sana agar memeriahkan lagi PD 2010 kali ini.

Cikgu Zaid,
Tumpuan selepas PD ini pastinya EPL, bolehkah Chelsea pertahankan kejuaraannya...?

Sdra Pak Cu,
Setuju dengan pendapat bahawa Si Roy itu harus 'uruskan rambut' betul-betul, lihat Torres sudah rambut pendek...