Rabu, Julai 07, 2010

SANTAI PD 2010: 'HANYA NYANYIAN DALAM SEPI'

Gullit - PD 1990 Itali.

Runtuhnya ego dan lagak Brazil kepada Belanda - PD 2010.

Seawal pagi pukul 6.30 pagi mendengar radio dalam kereta iaitu rangkaian Sinar FM lalu terdengar juruhebah (Khairil Rashid) menyebut "... dengarkan lagu 'Hanya Nyanyian Dalam Sepi' nyanyian Chris Vadham... buat penyokong Uruguay...". Tergelak dalam hati dengar usikan juruhebah itu.
Ya... Uruguay tewas 2-3 kepada Belanda, selayaknya Uruguay tewas dengan jaringan 2-4 atau 2-5 sebenarnya kerana pemain Belanda (Robben - Sneijder - Van Persie) gagal dalam beberapa percubaan yang hampir menjaringkan gol. Lagak dan impian besar Uruguay akhirnya tersekat lalu selayaknya menyanyi lagu 'Hanya Nyanyian Dalam Sepi' sahaja.
'Perbalahan' diri ini dengan seorang sahabat berkaitan ramalan bahawa Belanda akan layak ke perlawanan akhir berdasarkan tradisi beberapa siri PD sebelum ini menjadi kenyataan. Ramalan dan keyakinan bahawa pasukan yang berjaya tumbangkan ego dan lagak besar Brazil sama ada dalam peringkat pusingan kedua, suku akhir dan separuh akhir akan ke perlawanan akhir berdasarkan beberapa siri PD sebelum ini seperti di bawah:
PD 1974: Belanda 2-0 Brazil (pusingan kedua) - Belanda ke akhir (naib juara).
PD 1982: Itali 3-2 Brazil (pusingan kedua) - Itali ke akhir (juara).
PD 1990: Argentina 1-0 Brazil (suku akhir) - Argentina ke akhir (naib juara).
PD 2006: Perancis 1-0 Brazil (suku akhir) - Perancis ke akhir (naib juara).
PD 2010: Belanda 2-1 Brazil (suku akhir) - Belanda ke akhir.
Maka, Brazil juga selayaknya nyanyikan lagu 'Hanya Nyanyian Dalam Sepi'. Belanda sudah ke akhir, tidak mengapalah jika Belanda hanya meraih naib juara buat kali ketiga (selepas PD 1974 dan PD 1978) namun Belanda cukup membanggakan kerana merobek dan merentap ego dan lagak besar Brazil dalam edisi PD 2010 ini.

2 ulasan:

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam en.rusdi yang dihormati. setuju dan tersenyum dengan ayat dalam perenggan akhir ni, "namun, Belanda...". Jika diizinkan, untuk ditukar pula "namun, Jerman...Argentina" he.he.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra Wahyu,
Entah mengapa sejak PD 1982 sehingga kini cuba meminati pasukan Brazil tapi tetap jadi 'tidak suka'...
Mungkin 'tidak suka' itu sebenarnya berpunca daripada liputan media yang berlebih-lebihan dan melampau kepada Brazil?