Foto dirakam dari aras 3 Plaza Angsana.
Ada pertandingan 'Santai Sahibba' di ruang pameran DBPWS.
Para peserta koir (foto dirakam dari aras 3 Plaza Angsana).
Tahun ini masuk tahun keenam pihak Perpustakaan Sultan Ismail Majlis Bandaraya Johor Bahru (PSI MBJB) mempelawa DBPWS bersama-sama dalam penganjuran program sempena sambutan bulan kemerdekaan dan patriotisme. PSI MBJB pastinya saban tahun menumpukan perhatian dalam pertandingan koir lagu-lagu patriotik khusus buat sekolah rendah daerah Johor Bahru manakala DBPWS mengisi slot untuk sayembara deklamasi dan penulisan puisi patriotik sejak tahun 2005. Program ini juga mendapat kerjasama pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dan Uda Angsana.
Pelawaan pihak PSI MBJB ini pastinya sukar ditolak kerana pihaknya dapat menggunakan kawasan pasar raya paling panas dan strategik di bandar raya Johor Bahru iaitu Plaza Angsana untuk melaksanakan program sebegini setiap tahun. Kesempatan yang diberikan oleh pihak PSI MBJB cukup bermakna buat DBPWS kerana umum mengetahui bahawa bagi sesuatu program yang berlangsung di Plaza Angasana khususnya hujung minggu (Jumaat - Ahad) haruslah ditempah 6 bulan awal serta melibatkan kosnya yang besar berbanding acara yang dibuat pada hari biasa (Isnin - Khamis).
Bermula hari ini sehingga hari Ahad (30 Julai - 1 Ogos 2010) Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik Sekolah-sekolah Rendah Daerah Johor Bahru manakala Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Pelajar Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru akan berlangsung pada Ahad ini sahaja (1 Ogos 2010). Pertandingan koir melibatkan dua hari peringkat saringan iaitu hari ini dan Sabtu (30 - 31 Julai 2010). Sebanyak 20 buah sekolah rendah sekitar Johor Bahru yang terlibat manakala peringkat akhir pada 1 Ogos 2010 (Ahad) yang melibatkan 10 buah sekolah yang terpilih melalui peringkat saringan.
Sayembara deklamasi puisi kemerdekaan pula akan berlangsung pada hari Ahad (1 Ogos 2010) pukul 11 pagi yang melibatkan sebanyak 25 peserta dalam kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah Johor Bahru. Pada kali ini tiada peringkat saringan dijalankan kerana kesuntukan dana kewangan (namun nilai hadiah wang tunainya kekal seperti beberapa tahun yang lalu)... makanya pelajar yang berdaftar akan terus ke peringkat akhir...!
Sesiapa yang lapang masa bolehlah dan sudilah berkunjung ke Plaza Angsana pada Sabtu dan Ahad untuk bersama-sama memeriahkan acara pertandingan koir lagu-lagu patriotik dan sayembara deklamasi puisi ini.
2 ulasan:
Salam RAR,
Nampaknya konduktor koir tu akan menggantikan Ramli MS nanti! Ayahnya akan pegang gitar cabang V dan layan Ride The Lightning! Terima kasih, bro! Tapi walau handal konduktor dan kumpulannya, mereka mungkin tewas kerana hakim yang sengal dilantik! Nak bersembang, jadik penonton laa...Samdol sungguh! Tapi, gua terima bahawa dalam pertandingan akan ada kalah dan menang. Tapi kalah dalam kesungguhan lebih manis daripada menang dengan hakim yang sengal macam tu! Betoi dak, bro?
Cikgu,
1. Si Kecil itu jika diasuh dengan nilai-nilai dan kaedah yang profesional pasti berjaya suatu hari nanti.
2. Diri ini juga tidak berkenan dengan 'gelagat' panel hakim itu ketika 2 hari peringkat saringan; namun peringkat akhir telah disediakan 3 hakim yang lain yang nampaknya lebih profesional.
Catat Ulasan