Rabu, Julai 28, 2010

LSM YANG SERING PELIK...

Perlis tuan rumah di stadium milik Terengganu...

Perlis selaku 'tuan rumah' tewas 2-4 kepada Terengganu.
Liga Super Malaysia (LSM) serta liga bola sepak seangkatannya di Malaysia sentiasa dihidangkan dan dikhabarkan hal-hal pelik, janggal dan melucukan. Setuju dengan kata-kata yang diucapkan oleh Zainal Abidin Rawop, pengulas perlawanan LSM melibatkan Perlis menentang Terengganu semalam. Zainal berkata bahawa dalam LSM pelbagai hal 'pelik dan luar jangka' akan terjadi; sebagai contohnya belum tentu pasukan tercorot dalam LSM akan tersingkir ke Liga Premier sedangkan peraturan yang telah dietapkan awal musim boleh diubah sesuka hati oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). FAM juga banyak mengubah peraturan yang kebanyakannya mengelirukan pasukan apatah lagi kepada peminat bola sepak Malaysia. Sekejap boleh pemain import sekejap dilarang sekejap begitu dan sekejap begini, format itulah format inilah mengalahkan FIFA dan UEFA...! Jadinya, FAM tidak boleh salahkan rakyat Malaysia jika rakyat lebih 'gila dan taksub' terhadap liga-liga di Eropah.
Semalam perlawanan LSM melibatkan Perlis - Terengganu disiarkan secara langsung melalui Astro Arena 801. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruudin Shah, Kuala Terengganu tetapi Perlis selaku tuan rumah...? Memang ada dikhabarkan sebelum ini mengikut jadual perlawanan asal perlawanan ini seharusnya di Kangar, Perlis tetapi disebabkan stadium di Kangar tidak boleh digunakan maka stadium di Kuala Terengganu dipilih. Ada protes dari pasukan Perlis, mengapakah perlawanan ini tidak dilangsungkan di sebuah stadium berkecuali? Satu hal tentang stadium di Kuala Terengganu itu akan digunakan hari ini pula untuk perlawanan penting melibatkan pasukan T-Team menentang Selangor. Mutu padang di stadium ini dapat dilihat dengan jelas tidak begitu baik dan bermutu. Stadium 'gah' di Gong Badak, Kuala Terengganu pula masih belum dibaik pulih setelah bumbungnya runtuh setahun yang lalu, maka pasukan Terengganu dan T-Team terpaksa berkongsi stadium di pusat bandar Kuala Terengganu...!
Perlawanan semalam tidaklah menarik, perlawanan tahap umum dan biasa sahaja tetapi semalam ingatan terimbau ketika zaman persekolahan khususnya sekolah menengah. Apa-apapun kesempatan menonton perlawanan Perlis - Terengganu semalam dapat mengubat rasa rindu terhadap Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang kerap dikunjung ketika masih sebagai pelajar sekolah menengah. Stadium yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu ini cukup meninggalkan sejarah dalam diri - ya... salah satunya terbayang pada tahun 1988 (jika tidak silap tahunnya - ketika hujan amat lebat) Terengganu berjaya menewaskan Singapura pada peringkat suku akhir Piala Malaysia, cukup meriah dan meninggalkan kesan...! Banyak lagi kenangan menyaksikan perlawanan pasukan Terengganu di stadium yang boleh memuatkan secara padat sekitar 15,000 - 20,000 penonton dalam sesuatu masa ini antaranya juga slot pergaduhan melibatkan pasukan Terengganu - Kelantan.

2 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Tuan RAR yang mulia dan baik budi,

Satu-satunya pasukan yang takkan tersingkir ke liga bawah adalah PAHANG!

Peraturan akan diubah bila Pahang dilihat pasti terjerembap ke lembah kehinaan.

Hahahaha. Memang pelik dan kadang-kadang mengarut.

P/s: Satu-satunya kelab gergasi EPL England yang ramai pemain British atau Inggeris adalah LFC.

Yang lain semua gemar pakai kuda import. Terutama Arsenal dan Chelsea. hehehe.

Ameen Homestay berkata...

MALAYSIA PUNYA LIGA BUKAN ADA EFEK PUN MAIN TEMPAT LAWAN HEHE TU PASAL FAM WAT BODO JE..

YG PELIK APASAL TAK BUAT DI PADANG BERKECUALI...PAYAH2 SANGAT BUAT KAT PADANG SEKOLAH :)

HOIT EN.ZAID, MU RAMAI APA PLAYER INGGERIS. LFC SIAPA ? 3 ORANG JE.
ABG. JERAT DGN EN.CARRA. E..GLENN LAGI ? :)
WEST HAM LAGI RAMAI HEHE