Hal ini telah diucapkan olehnya sejak awal pemeriksaan dahulu sekitar bulan Disember 2008 - Februari 2009. Benarlah katanya bahawa hal ini akan menjelma juga akhirnya, lalu sememangnya diri ini sudah bersiap sedia - siap sedia mental dan fizikal. Pengalaman 30 minit melalui proses 'perbengkelan hal ini' pada pertengahan Januari 2009 membuatkan diri ini cukup bersedia menghadapinya; ya... rasanya ingin dipercepatkan sahaja tetapi senarai menunggunya panjang.
Hal ini mula terasa kembali sejak sebulan yang lalu, semalam berkunjung ke tempat itu yang lokasinya di tepi Selat Tebrau. Khabarnya hal ini sudah mulai 'masak' serta harus dipercepatkan prosesnya. Seperti biasa serta mengikut pengalaman dahulu proses pemeriksaan hal ini akan berlangsung selama 4 jam kerana ramai yang bertumpu ke situ untuk mendapatkan pelbagai pemeriksaan dan rawatan berkenaan hal ini dalam pelbagai kategori. Selesai jalani proses itu (campur tolak menunggu dan buat pemeriksaan) dalam tempoh 4 jam maka pihak di situ minta datang kembali sebulan lagi untuk buat pemeriksaan serta menentukan bilakah boleh dijalankan 'hal perbengkelan dan pembaikan' itu. Kemungkinan dalam September atau Oktober nanti jika ada kekosongan.
Hal ini pasti dilalui lagi... ada rahmat besar-Nya untuk pengalaman dan ilmu dalaman diri.
1 ulasan:
salam en.rusdi. semoga semuanya berjalan lancar, insya-Allah. tentunya dugaan ini yang pernah en.rusdi lalui. dan mungkin akan berehat panjang lagi. moga en.rusdi bersabar - kita melalui pengalaman yang hampir serupa.
Catat Ulasan