Sabtu, Mei 08, 2010

UTM - MELAKA - PLAZA ANGSANA

Hari ini (Sabtu - 8 Mei 2010) agak berkejar bermula awal pagi sehingga lewat petang iaitu berada di UTM Skudai - Jasin, Melaka - Plaza Angsana Johor Bahru.
Seawal pukul 7.30 pagi telah berada di UTM Skudai (Bilik Kuliah N 24) kerana menghantar anak mendaftar untuk Klinik UPSR Berita Harian yang berlangsung dua hari (8 - 9 Mei 2010) bermula pukul 8.30 pagi - 5.30 petang.

Sememangnya anak kini darjah 5, bukanlah mengambil peperiksaan UPSR tahun ini tetapi sahaja ingin hantarnya agar peroleh pendedahan awal tentang kaedah soalan dan menjawabnya. Lima subjek selama dua hari klinik ini iaitu Bahasa Melayu 1 dan 2, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.


Selesai mendaftar anak lalu terus pulang ke rumah kerana mahu ke Jasin, Melaka pula dengan kenderaan rasmi ofis. Bertolak dari rumah untuk ke Jasin, Melaka sekitar pukul 8.30 pagi, sampai sekitar pukul 11 pagi. Tujuan ke Jasin kerana pelaksaanaan program Sehari Bersama-sama Penulis: Penulisan Wasilah Dakwah.

Selesai program dan makan tengah hari sekitar pukul 2 petang pulang segera ke Johor Bahru, sampai sekitar pukul 4 petang. Bergegas pula ke UTM Skudai untuk mengambil anak. Dalam perjalanan ke UTM Skudai berlaku kesesakan jalan raya sekitar Plaza Angsana kerana ada dua acara serentak yang mendapat promosi besar sama ada dalam televisyen, akhbar dan kain rentang termasuk sepanduk tiang sejak seminggu lalu iaitu Sua Rasa TV9 dan Gempak Selebriti Astro. Program Gempak Selebriti Astro ini bertemakan 'Rockabola' (entah kelulusan siapa ejaan sebegitu...) yang banyak acaranya mempromosikan hal bola sepak Piala Dunia 2010.

Selesai mengambil anak sekitar 5.15 petang terus ke Plaza Angsana kerana ingin memenuhi permintaan anak untuk melihat acara pertandingan bola sepak 3 lawan 3 Celcom Sua Rasa TV9 (pekarangan luar letak kenderaan Plaza Angsana) dan promosi bola sepak Astro (di dalam Plaza Angsana. Kebetulan program atau acara Astro itu untuk mempromosikan juga rangkaian atau saluran sukan sempena Piala Dunia 2010.


Atas permintaan anak kerana tujuan utamanya semata-mata atas nama bola sepak maka diri ini pergi juga ke Sua Rasa dan Gempak Astro itu walaupun agak kepenatan, jika setakat mahu lihat konsert atau acara hiburan lain yang lebih berjenama 'glamor tanpa tujuan' sudah tentu diri ini cuba mengelak untuk hadir secara suka rela sebagai pengunjung di situ, melainkan hadir atas permintaan anak (kerana menonton acara promosi bola) atau hadir kerana ada tugasan rasmi di situ.

Tiada ulasan: