Anak-anak kecil main bola di pantai - rasanya mereka lebih tahu nama pemain bola sepak negara dan luar negara...!
TERGELAK BESAR bercampur 'sedih hati' menonton dan mendengar temu bual tadi.
Baru sekejap tadi habis menonton perlawanan siaran langsung Liga Super Malaysia (LSM) melalui saluran Astro Arena 801 melibatkan pasukan Kedah menentang Terengganu. Kedah menewaskan Terengganu 4-0, gol hatrik Kedah dijaringkan oleh pemain bernama Azlan Ismail.
Seperti biasa mutu perlawanan dalam peringkat liga ini pada tahap biasa tanpa sesuatu yang menarik hati (maaf terpaksa sinikal dan cakap terus terang) kecuali mutu permainan akan meningkat pabila masuk pada tahap merebut saingan Piala Malaysia. Tidak perlu mengulas panjang pasal perlawanan ini (lainlah tahap perlawanan melibatkan Chelsea - Liverpool - Man U - Barcelona - Real Madrid - Bayern Munich serta pasukan-pasukan hebat yang lain dalam EPL - La Liga - Serie A - Budesliga).
Yang ingin disentuh pasal pengulas tambahan selepas berakhir perlawanan Kedah - Terengganu; entah pengulas tambahan manalah itu, lupa namanya tapi bukan pengulas utama iaitu Zainal Abidin Rawop dan Azlan Johar. Pengulas itu temu bual Azlan Ismail tapi nama Azlan tidak disebutnya, disebutnya 2-3 kali ISMAIL..! Bukankah pemain yang ditemu bual itu menjaringkan hatrik yang pasti dan paling tidak pun namanya disebut sebanyak 3 kali di stadium serta namanya terpapar 3 kali selaku penjaring...! Apalah jenis pengulas itu, air muka tidak bersedia serta lakukan silap yang amat ketara? Selepas hampir 2 minit temu bual bersama Azlan Ismail terus dipanggil jurulatih Kedah iaitu Ahmad Yusof lalu dengan muka tidak bersedia terus tanya Ahmad Yusof tanpa salam atau sapaan mesra! Masya-Allah...
Selesai temu bual oleh pengulas tambahan dengan Azlan Ismail dan Ahmad Yusof visual televisyen terus kembali semula kepada pengulas utama Zainal dan Azlan Johar lalu Zainal tersenyum sinis membetulkan nama pemain itu bukannya ISMAIL tetapi AZLAN ISMAIL. Itulah hakikat pengulas kategori 'bidan terjun' yang 'main cekup' untuk bekerja rasanya. Tingkatkan mutu ulasan dan sifat profesional dalam menemu bual, sudahlah mutu permainan tahap biasa ditambah pula dengan tidak pekanya pengulas @ penemu bual itu.
Malu rasanya ditambah gelak ketawa besar sekali lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan