Khamis, Mei 27, 2010

KERAJAAN MELAYU MELAKA BUKANNYA WUJUD TAHUN 1400?

Khabarnya Kerajaan Melayu Melaka (KMM) bukan wujud bermula sekitar tahun 1400? Khabarnya ada dapatan terbaharu tentang tahun sebenar KMM wujud iaitu sebelum tahun 1400 lagi? Khabar ini mula bergema secara sedikit demi sedikit sejak 2-3 bulan yang lalu. Atau mungkinkah Sungai Melaka (seperti foto di sebelah) bukannya pusat perdagangan utama ketika tahun 1400 - 1500?
Agak rasa bertuah juga pabila dipelawa untuk menjadi peserta Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka yang akan diadakan pada 31 Mei 2010 (Isnin) di Tanjung Kling, Melaka. Seminar ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Melaka yang diselenggarakan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia Melaka (IKSEP). Pakar penyelidik dan pengkaji sejarah dari Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia antara yang akan membentangkan hasil dan dapatan terbaharu ini. Melalui seminar ini kemungkinan sebahagian besar fakta dan dapatan terbaharu sebegini akan terhurai.

Sesuatu yang menarik kemungkinan sejarah awal KMM ini bakal dikupas dengan kajian dan bukti yang bakal disampaikan oleh para pembentang nanti. Mungkinkah Parameswara bukan manusianya yang membuka negeri Melaka berdasarkan salakan anjing di bawah pokok bernama Melaka, atau ada tokoh lain yang membuka Melaka dengan keterangan serta bukti yang istimewa?

Maka, itulah pentingnya belajar dan memahami secara penuh mendalam tentang sejarah dan pengajarannya dalam menentukan perjalanan manusia dan negara masa kini. Mata pelajaran sejarah peringkat sekolah sejak dahulu dimomokkan dengan sesuatu yang 'negatif iaitu membosankan dan meletihkan' makanya kini ramai yang tidak tahu asal usul sesebuah tempat dan peristiwa yang berlaku dahulu, jika secara spontan kita bertanya pelajar sekolah menengah kini mungkin para pelajar itu tidak tahu apa-apapun secara fakta yang mudah-mudah sahaja tentang pembukaan dan susur galur KMM apatah lagi ingin mengetahui secara mendalam?

7 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Ini satu fakta penemuan yang menarik. Harap ada pengkaji yang mendedahkannya. Tohmah tentang orang Melayu juga pendatang boleh dinafikan.

Sham al-Johori berkata...

Tuan RAR,
Sejarah tetap sejarah cuma pembongkarnya sahaja yang berbeza. Sekiranya pembongkar itu pengkhianat bangsa, maka akan difitnah segala sejarah. Di tangan mereka sejarah boleh menjadi angan-angan atau pembohongan. Mereka juga boleh membunuh sejarah jika sejarah itu adalah penghalang kuasa dan nafsu mereka.
Saya melihat sejarah Melaka lebih daripada itu kerana kehebatan Melaka telah dicatat dalam semua hikayat hebat dunia.
Selamat berseminar dan menafsir dengan kebenaran.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Jangan pula nanti ada puak2 yang kata Melaka dibuka oleh Lopez de Squire atau Alfonso de Albuqurque... Hehehehe....

NASSURY IBRAHIM berkata...

Bagus. Banyak maklumat baharu dapat diambil.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR
Mohon maaf kerana sudah lama tidak menjengah ke alam blog. Terlalu amat sibuk (sibuk sering menjadi mangsa alasan!).
Saya, jika berpeluang, pasti ingin turut menjadi peserta. Mudah-mudahan, jika RAR mendapat kertas kerja, izinkan saya untuk memfotostatnya untuk rujukan dan simpanan berharga. Terlalu amat besar jasa RAR untuk saya dalam hal ini. Jadi, malam minggu ini, kita ber'double trouble'!

Zulaiha Paikon berkata...

En Rusdi,
sudah lama saya tidak mengeblog. Sejak bulan November 2009. Bulan Mei ini barulah saya terpanggil untuk melayari laman blog. Terima kasih atas komen yang membina. Tuan salah seorang idola saya sehingga tertulisnya
ulasan komsas tersebut.

hemisfera berkata...

Sudah lama masa berlalu, adakah terdapat apa-apa perkembangan berhubung kajian mengenai penubuhan Melaka ini? Bagaimana dengan justifikasi perkhidmatan Tun Perak yang merentasi 4 sultan. adakah dia berkhidmat untuk lebih seratus tahun?
Ada apa-apa cerita baru mengenai tarikh 1262 ini?