Sabtu, Mei 08, 2010

SEHARI BERSAMA-SAMA PENULIS: PENULISAN WASILAH DAKWAH

Kain rentang acara.

Keceriaan Mohd Nazmi Yaakub.

Sebahagian para pelajar.

Program Sehari Bersama-sama Penulis: Penulisan Wasilah Dakwah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan DBPWS diadakan pada 8 Mei 2010 di SMK Tun Perak, Jasin, Melaka. Para pelajar seramai 180 orang menyertai program ini melibatkan pelajar sekolah aliran agama dan sekolah agama dari tiga buah daerah dalam negeri Melaka iaitu dari Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Ini merupakan program yang dilabelkan sebagai program sastera DBPWS ke-19 sejak Januari 2010 sehingga kini.

Dua penulis prolifik yang sememangnya juga bersekolah dan mendapat pendidikan dalam aliran agama sejak persekolahan peringkat menengah sehinggalah peringkat universiti di luar negara. Zaid Akhtar dan Mohd Nazmi Yaakub selayaknya memberikan ceramah, bimbingan dan motivasi buat para pelajar yang menekankan bahawa melalui penulisan karya sastera sama ada novel, cerpen dan puisi boleh dijadikan alat dakwah kepada masyarakat pelbagai golongan.

Bertemu dua penulis ini pastinya tidak lepas serba sedikit bercerita soal bola kerana dua penulis ini juga sealiran dengan diri ini iaitu 'bukan penggemar Man U'.... itu cuma perbualan kosong serba ringkas sahaja ketika sesi makan minum. Sesungguhnya yang penting dua penulis ini berjaya menimbulkan rasa kesedaran buat para pelajar aliran agama bahawa penulisan karya kreatif juga dapat menambahkan satu lagi kaedah berdakwah selain menggerakkan dakwah yang telah diajar kaedahnya dalam mata pelajaran Agama Islam secara rasmi dan tidak rasmi selama ini.

Sekalung penghargaan terima kasih buat Zaid Akhtar dan Mohd Nazmi Yaakub kerana sudi menerima undangan selaku penceramah dan pembimbing, buat Cikgu Ab. Rani Embi (Guru SMK Tun Perak yang penuh komited dalam hal program sastera dan bahasa di Melaka) yang mengusahakan program ini atas rasa dan kesungguhan tingginya, buat AJK SMK Tun Perak yang terlibat, buat Shahrur DBPWS, dan buat pihak Jabatan Pelajaran negeri Melaka atas kejayaan program yang kecil sahaja sifatnya tetapi besar faedahnya buat para pelajar.

2 ulasan:

S.M. Zakir berkata...

ustaz rock mana bercakap tak pakai serban tu..

Zaid Akhtar berkata...

hj mohnas namanya.
asal damanhur.
:-)