Maaf jika tulisan ini menyongsang arus. Isunya, kenapakah terlalu amat melampau pengulas perlawanan badminton sehingga semacam 'lupa dunia' dan semacam Malaysia sudah meraih johan Piala Thomas? Mujurlah Malaysia hanya menang tipis sahaja (menang faktor nasib semata-mata...?) jika tewas pasti tulisan ini lebih perit dan sakit!
Menonton perlawanan badminton Piala Thomas peringkat suku akhir melibatkan Malaysia menentang Denmark merupakan satu keadaan yang cukup 'geram' di hati. Geram hati mendengar ulasan pengulas melalui rangkaian TV1, Astro Arena 801, dan TV9. Menyampah lalu kadang kala nada suara televisyen (volume) terpaksa disenyapkan, cuma melihat aksi sahaja. Pengulas bernama Hasbullah Awang (TV1), Abu Bakar Atan (TV9) dan Shauki Kahar (Astro Arena) cukup ghairah mengulas dengan pujian amat tinggi, diulang-ulang nostalgia 1992, pemilihan kata yang teramat bombastik teramat berlebih-lebihan. Ratusan kali rasanya disebut-sebut pasal kemenangan tahun 1992, nostalgia Stadium Negara dan sewaktunya.
Dalam permainan ke-5 melibatkan Hafiz Hashim, pasukan Malaysia berjaya menewaskan Denmark 3-2. Sebenarnya Malaysia cemas ketika kedudukan 2-2 tetapi pemain perseorangan Denmark yang menentang Hafiz tarafnya umpama perlawanan Chelsea (Hafiz) menentang pasukan T-Team Liga Super Malaysia (pemain Denmark). Pemain perseorangan ketiga Denmark nampak lemah dan tidak bermaya... makanya Malaysia tidak harus bangga melampau kerana berjaya tewaskan Denmark
Denmark cuma tewas 2-3 kepada Malaysia tetapi gelagat pengulas cukup muak lagi memualkan dengan 'memperkecilkan' pemain lawan lalu teramat memuja dan memuji pemain Malaysia, apatah lagi kegembiraan terlampau dapat didengar dan dilihat semacam Malaysia sudah berjaya merangkul Piala Thomas. Harus diingat bahawa Malaysia baru menang satu perlawanan selepas semalam tewas kepada Jepun 2-3 dan kemenangan percuma ke atas Nigeria (kemenangan yang bukan kemenangan sebenar). Entahlah jika Malaysia sempat berjumpa Nigeria mungkinkah Malaysia sekadar menang 3-2 atau Malaysia tewas 2-3? Semalam tewas kepada Jepun, dilaporkan bahawa pabila para penonton 'ejek' pemain beregu kedua Malaysia dibalasnya dengan 'isyarat lucah' kepada penonton di dalam stadium...!
Sepanjang ulasan pengulas televisyen sebentar tadi iaitu bermula permainan perseorangan pertama, beregu pertama, perseorangan kedua, beregu kedua dan perseorangan ketiga Malaysia cukup melampau serta tercetus unsur cakap besar berlebihan, ego yang meninggi dan riak semacam lupa dunia sebenar. Nantikan cabaran lebih hebat pabila bertemu China dalam separuh akhir nanti.
Kecewa juga rasa pabila Denmark tewas kerana hajat hati untuk melihat 'malu besar' tertimpa kepada seseorang yang bergelar 'orang besar' dalam hal badminton Malaysia tidak kesampaian. Jika Malaysia tewas tadi pasti sudah ada pelbagai alasan yang tersedia... mungkin lampu di dalam stadium malap, pendingin hawa tidak cukup dingin, penonton tidak patriotik mengejek pemain, reket berat kerana guna reket besi mampat, tali reket cuma tali plastik biasa, bulu tangkis kurang bulunya, ukuran gelanggang yang besar, dan sejuta lagi alasan bakal diluahkan...
Maaf sekali lagi kerana tulisan ini melawan arus, bukannya tidak patriotik cuma ingin bersikap realistik dalam hal ini. Sebelum 2-3 minggu kejohanan Piala Thomas ini cukup lengkap nostalgia dipaparkan dalam televisyen dan akhbar; bukan setakat bernostalgia tetapi amalan tradisi iaitu keyakinan melampau yang tinggi, cakap besar dan psikologi yang tidak kena tempatnya dihebahkan sebegitu hebat...
2 ulasan:
Salam,
Pengulas tv tempatan memang macam tu. Bila kalah, banyak betul alasannya. Menang sikit puji melambung-lambung.
puji melambung..jatuh tersepuk, nak angkat muka pun payah dah. terlalu tinggi harapan diletakkan. mengharapkan kelebihan bertanding di laman rumah. then ? player jadi over confident ataupun player lebih tertekan dgn harapan menggunung.
baik jadi pasukan bolasepak sukan sea x letak harapan langsung, pulang bawak emas hahaha
itupun ada org marah2 sebab team malaysia tak letak sebarang harapan. :)
gua pun boring dgr smash jam 12.36pagi diulang..itu memori..tp kalau terlebih ulang dah jadi pressure la pulak.
xkan nak hidup dlm kenangan/sejarah. nanti jadi liverpool pulak. sandarkan pd kenangan. oh, maaf menyonsang arus..pak rusdi, maaf ye gurau2 je :)
Catat Ulasan