Ahad, Mei 23, 2010

TAHNIAH BAYERN - MENYEKAT MAN U...

Selesai sudah menggerakkan 3 kali pementasan teater monolog 'Kampung Cetek' bermula 21 - 22 Mei 2010. Semalam pulang ke rumah sekitar pukul 12.30 tengah malam setelah selesai pementasan ketiga dan berbual-bual bersama-sama Syaidul Azam, Sharrul (DBPWT), Ezuwan dan Mohd Rizal.
Sampai rumah terus tidur sekejap lalu bangun pukul 2.15 pagi untuk menyaksikan perlawanan akhir Champions League (CL) melibatkan Inter Milan dengan Bayern Munich di stadium kelab terkaya dan 'ego' dunia iaitu Real Madrid. Penuh sesak stadium dengan pelbagai warna dan keceriaan dapat disaksikan. Real Madrid sekadar jadi tuan rumah sahaja... musim ini tiada satu piala dirangkul pabila Barcelona dinobat johan La Liga!
Sebelum perlawanan sebenar ada liputan dan visual sekitar stadium dengan paparan persembahan penari tango Sepanyol berpakaian hitam yang menarik dan bertaraf hebat. Inter Milan berjersi tradisi belang biru - hitam dan Bayern berjersi belang merah - putih (bukannya Man U).
Permainan yang lancar dan lincah pemain Inter Milan cukup menyerlah walaupun penguasaan Bayern dalam keseluruhan permainan sebanyak 60%. Inter menang 2-0 hasil dua jaringan Milito, jaringan yang bermutu dengan cekap 'menewaskan' dua pemain pertahanan Bayern. Selesai pengadil meniup wisel penamat paparan visual televisyen terus fokus kepada keriangan pemain Inter juga paparan visual juga terarah kepada pengurus Inter yang bergelar 'Special One' iaitu Jose Mourinho. Lagak Mourinho cukup bermutu dan membanggakan. Dalam paparan berita ESPNews juga ada sedikit temu bual Mourinho, beliau senyum sinis pabila wartawan bertanya tentang namanya dikaitkan dengan menjadi pengurus Real Madrid musim hadapan. Terpapar juga sebelum penyampian piala kemenangan visual memaparkan seorang petugas sedang mencetak nama kelab Inter pada piala CL itu... kamera mengambil visual ketika petugas sedang mencetak itu sesuatu yang menarik.
Cuma rasa sedikit kecewa kerana Inter dalam laluan ke akhir berjaya singkirkan dua pasukan kegemaran iaitu Chelsea dan Barcelona, jika Inter berjaya singkirkan Man U dalam laluan ke akhir itu maka rasa ceria cukup terasa. Apa-apapun tahniah buat Bayern walaupun hanya naib johan dalam CL ini namun Bayern cukup hebat kerana berjaya singkirkan Man U dalam laluannya ke akhir.
Tahniah Bayern kerana membuatkan pemain-pemain Man U tunduk bersedih kerana gagal dalam CL kerana disekat oleh Bayern (seperti pada foto di atas).

2 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

RAR,
ramalanku benar belaka.
Yang paling bengang adalah Roman & Chelsea. Bersabarlah sikit.

Chelsea pun sama macam Real suka tukar pengurus macam tukar baju. Hehehe. Jangan marah.

Ameen Homestay berkata...

gile r anti-MU hahaha. Tegar !
MU x berkaitan pun nak sebut jugak hehe. Hebat betul MU punya penangan :)

Rotation menang kalah begitulah. Kot MU menang tiap tahun pasti ia suatu memboringkan bg sesetengah pihak.
Setakat nih di barclays ia memihak kepada Chelsea, MU..
Arsenal dgn hijrahnya Fabregas akan menambah musim yg suram. Liverpul ? Torres angkat kaki, gerrad cabut, apa yg tinggal..bukan samar2 lagi masa depan, gelap terus !

Thn depan kiranya torres ke chelsea, mungkin mereka boleh juara lagi. Mungkin juga boleh melangkah lebih jauh dlm CL.

MU masih mcm itu juga. Still Steady..Nani pun dah mirip2 ronaldo. Thn depan lebih cergas ku rasa. Mungkin perlukan pembelian baru menggantikan batov yg slow / malas mcm siput babi. Lain2 position, OK aje. Kuat dah hehe