Piala Dunia 2010 akan bermula 22 hari lagi. Setiap kali kejohanan terbesar bola sepak dunia ini maka pelbagai majalah khas diterbitkan. Selaku peminat dan pengikut setia kejohanan Piala Dunia sejak tahun 1982 (darjah 4); namun bermula tahun 1998 (pabila sudah masuk alam pekerjaan) telah mengumpulkan majalah khas sebegini. Majalah ini disimpan dengan baik termasuklah majalah khas kejohanan bola sepak Piala Eropah (EURO) yang masih ada dalam simpanan sejak kejohanan EURO 2000 sehingga EURO 2008. Selain itu ada juga tersimpan beberapa video cakera padat (VCD) tentang Piala Dunia dan EURO ini.
Foto-foto di atas antara beberapa paparan muka hadapan majalah yang masih tersimpan sejak Piala Dunia 1998 di Perancis sehinggalah yang terbaharu majalah khas Piala Dunia 2010. Secara pastinya majalah khas terbitan Allsports dan Berita Harian yang tetap dibeli kerana maklumatnya lengkap dan mesra pembaca (termasuk keluaran bahasa Inggeris).
(Catatan: Sedang menekuni penuh minat 2 majalah khas Piala Dunia 2010.)
1 ulasan:
Saya juga seperti penulis,mula mengumpul majalah khas piala dunia pd tahun 1998..keluaran berita harian&allsport adalah keutamaan saya..
Catat Ulasan