Sabtu, Mei 01, 2010

BANGSAWAN NILAM DEWANI - MENARIK LAGI MENGHIBURKAN...

Semalam berkesempatan menonton Bangsawan Nilam Dewani di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Pementesan bangsawan ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Johor yang dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) dan Kumpulan Bangsawan Seri Mahkota Alam Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ), Taman Seni Budaya Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Kerusi yang disediakan dalam Dewan Jubli Intan Johor Bahru penuh diisi penonton yang dianggarkan sekitar 350 - 400 penonton. Muzik dimainkan secara langsung (bukan rakaman awal atau muzik 'minus one') oleh kumpulan muzik yang mengiringi pementasan dan persembahan selingan cukup bertenaga dan memikat hati. Secara umum dapat dilihat dan dirasa bahawa majoriti (sekitar 85% penonton) cukup terhibur dan tertarik menonton pementasan bangsawan ini.

Mengutip sebahagian sinopsis Bangsawan Nilam Dewani mengisahkan... Puspa Kencana Pura adalah sebuah negeri kayangan yang diperintah oleh Raja Gemala Dewa dan permaisurinya Ratna Seri Kesuma. Mereka mempunyai seorang puteri bernama yang rupawan bernama Puteri Seri Nilam Dewani. Lakonan Raja Jin oleh Hussin Ismail (foto di sebelah) memikat perhatian para penonton yang terhibur dengan dialog dan gerak lakonnya. Antara pelakon watak utama lain yang terlibat merupakan Ismail Abu Aris @ Masbun (Raja Gemala Dewa), Zamri Pangat (Raja Demaga), Mohd Afendi Sarban (Menteri Raja Gemala Dewa), Zulkifle Abdul Majid (Menteri Raja Demaga), dan Natasha Mohd Yazir (Puteri Seri Nilam Dewani). Sebahagian besar pelakon dan tenaga produksi dalam bangsawan ini diri ini kenali kerana banyak juga terlibat dalam pementasan teater berskala besar, sederhana dan kecil sebelum ini. Seramai 60-70 pelakon, pembantu pelakon, dan tenaga produksi termasuk penari terlibat dalam pementasan bangsawan ini. Khabarnya bangsawan ini akan dipentaskan pula di Panggung Bandaraya DBKL pada 7 - 9 Mei 2010.

Pementasan selama 1 jam 30 minit ini diselangkan dengan nyanyian dan tarian selingan antaranya melibatkan nyanyian lagu ghazal, lagu pop yeh-yeh (lagu La Obe), lagu irama asli, lagu hindustan, lagu kumpulan Beatles, dan tarian zapin kreatif. Konsep selingan lagu dan tarian sebegini (yang disebut oleh juruacara sebagai 'extra turn') sememangnya sinonim dalam pementasan sesebuah bangsawan yang sedari awal cukup popular dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat ketika zaman 1950-an sehingga 1970-an.

Sesungguhnya hati cukup terhibur dan terpikat menonton bangsawan ini sehinggakan tidak terlayan menjawab beberapa soalan berbentuk logik akal yang dilontarkan oleh anak kecil ketika menonton. Ramai juga generasi muda sekitar umur 17 - 25 tahun dan anak-anak kecil menonton bangsawan ini. Sesekali bangsawan harus juga diangkat pada tahap tinggi yang dapat menarik minat ramai untuk menontonnya dalam konteks seni hiburan berbentuk pementasan di Johor dan di Kuala Lumpur.

Esok (Ahad - 2 Mei 2010) pula jika tiada aral yang besar sifatnya akan pergi menonton teater di Arts House, Singapura atas undangan Kumpulan Teater Artistik Singapura. Rasanya sudah 3 kali juga sebelum ini memenuhi undangan kumpulan ini juga beberapa orang ahli kumpulan ini turut beberapa kali datang menonton teater di Johor Bahru yang diundang oleh diri ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hye.saya sgt berminat dgn theatre nilam dewani ini... boleh saya dapatkan soundtrach nilam dewani?di mane saya boleh dapat kan nye?

Cik Anjasmara
012-776 0219
anjasmara_jas@yahoo.com
or
anjasmara@puteripacific.com

Anjasmara berkata...

boleh saya dapatkan soundtracks nilam dewani?di mane saya boleh dapat kan nye? Sy gembira menonton thetre ini - On 29th & 30th di Dwn Jubli Intan. smua pelakon, dayang & penari sgt berbakat...jika ade mp3 theatre sy boleh dapat kan.tolong hubungi saya..terima kasih

Cik Anjasmara
012-776 0219
anjasmara_jas@yahoo.com
or
anjasmara@puteripacific.com

Tok Rimau berkata...

Review Nilam Dewani gua:
http://tokrimau.blogspot.com/2010/05/sawan-nilam-dewani.html

Rusdi Abd Rahman berkata...

Puan Anjasmara,
1. Terima kasih berkunjung ke blog kerdil ini.
2. Rasanya puan boleh cuba bertanya kepada pihak JKKNNJ selaku penganjur utama bangsawan ini.
3. Diri ini akan hubungi puan jika ada maklumat terkini tentang hal ini ya...
Terima kasih.

Salam Tuan Tok Rimau,
Terima kasih berkunjung ke blog kerdil kita.
Ada beberapa kebenaran seperti yang diungkap oleh tuan itu, bagus kritikan dan teguran itu. Kita juga setuju bahawa aspek 'spektakular' yang paling menonjol iaitu Raja Jin dan asap bertukar jadi pohon nyiur gading...
(Izinkan kita masukkan blog tuan dalam senarai blog yang sering ditinjau dalam blog kita ya...)

ZAIQ berkata...

http://dramatiscamarpesona.blogspot.com/2010/05/bangsawan-nilam-dewani.html

Kami ada membuat sedikit review Bangsawan Nilam Dewani. Lawatilah blog kami. -wakil kumpulan Dramatis Camar Pesona KL. =))