Selasa, September 29, 2009

BBK 2009 NEGERI JOHOR DAN MELAKA


Bermula tahun 2009 sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) telah bertukar nama iaitu Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Sekadar pemakluman umum, BBSN mula diadakan pada tahun 1999 hingga 2008. Sambutan BBK 2009 berlangsung sepanjang bulan Oktober 2009, manakala kegiatan dan aktiviti BBK 2009 bagi peringkat negeri Johor dan Melaka yang dikendalikan oleh diri ini seperti di bawah:


1. Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti Negeri Johor,
30 September 2009, Hotel Good Hope, Skudai, Johor Bahru.
Anjuran bersama SPRM Johor, DBPWS dan JPNJ.


2. Majlis Pelancaran BBK 2009 Negeri Melaka,
1 Oktober 2009, Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka.
Anjuran bersama DBPWS, IKSEP dan Kerajaan Negeri Melaka.


3. Gema Puisi Patriotisme,
1 Oktober 2009, Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka.
Anjuran bersama DBPWS, IKSEP dan Kerajaan Negeri Melaka.

4. Pementasan Monodrama ‘Rebab Berbisik’ dan Teater 15 Minit ‘Bidan Ketujuh’,
3 - 4 Oktober 2009, Panggung Seri, Taman Budaya Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
Anjuran bersama DBPWS dan JKKNNM dengan kerjasama IKSEP dan RTM Melaka.

5. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan, 4 - 8 Oktober 2009, Kukup, Pontian, Johor.
Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia diselenggarakan oleh Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama DBPWS.

6. Pementasan Teater Negeri Johor ‘Srikandi Tanah Jauhar’,
23 - 24 Oktober 2009, Auditorium RTM Johor, Johor Bahru.
Anjuran bersama DBPWS, Persatuan Teater KESUMA-I dengan kerjasama RTM Johor dan JKKNNJ.



Dijemput semua menghadirkan diri dalam program dan aktiviti yang dirancang seperti maklumat di atas. Sokongan dan komitmen anda semua terhadap kelangsungan dan keupayaan bahasa dan sastera Melayu amat dihargai.


3 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam Saudara RAR,
Rasa bersyukur kerana dapat sama-sama menjayakan program yang telah disusun atur ini. Bahasa kita, wajah kita.

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Usaha DPB dalam menjayakan program Bulan Bahasa ini sudah tentu akan membuahkan hasil yang bukan sedikit demi perkembangan bahasa dan sastera Melayu khasnya.
Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini.

Hanita Hassan berkata...

Salam tuan,

Bagaimana pelancaran BBK Peringkat Negeri Melaka? Mahu juga tahu apa yang berlaku! Adakah semuanya sukses. Maaf kerana tidak dapat hadir. Kita hanya merancang yang menentukan Allah SWT.