Ahad, September 06, 2009

LAGU ERA ROCK 'OTAI' - LAGU SEMANGAT DAN KESEDARAN

Album 'HAKIKAT' MAY tahun 1989 (terbitan Warnada).
Dalam sebuah album zaman Rock Otai (sekitar tahun 1987 - 1992) pasti ada lagu popular yang berkemundang dalam sesebuah stesen radio di seluruh negara ketika itu, kebanyakan lagu popular itu pasti juga berirama 'slow rock' serta bertemakan 'cinta-kecewa-suka-bahagia'. Namun yang menarik dalam album 'Hakikat' MAY terbitan tahun 1989 ini, tiga buah lagu yang diri ini angkat selaku LAGU SEMANGAT DAN KESEDARAN yang sehingga kini dijadikan lagu semangat dan motivasi buat diri ini.


Lagu sebegini ada bernada perlahan dan rancak dalam kategori rock tetapi liriknya yang bergabung baik dengan iramanya membuatkan lagu sebegini tetap MALAR HIJAU dalam hati ini, juga banyak lagu-lagu Search, Wings, Rusty Blade dan banyak lagi kumpulan lain seangkatannya terdapat lagu bermutu irama dan liriknya yang diri ini kategorikan sebagai LAGU SEMANGAT DAN KESEDARAN buat hidup diri ini sendiri.


Entah mengapa sejak seminggu ini diri ini kerap berulang-ulang mendengar 3 lagu ini ketika dalam kereta dalam perjalanan pergi dan pulang pekabat. 3 lagu dalam satu album MAY ini iaitu 'Pelayaran' (4 minit 38 saat), 'Dalam Kembara' (4 minit 12 saat), dan 'Hakikat Perjuangan' (5 minit 06 saat). Di bawah ini disertakan lirik 3 lagu tersebut yang dikutip dalam web ilirik.com.my. Sama-sama kita menikmati dan memperoleh manfaat berguna yang sewajarnya melalui lagu dan lirik lagu ini.
DALAM KEMBARA

Di alunan ini
Ku luahkan keresahan
Untuk menempuhi
Liku liku dunia
Berdebar hatiku
Meneruskan langkah ini
Di manakah arah
Harus kutujui

Sepanjang jalan
Penuh kesulitan
Apakah diriku
Akan berjaya
Hanya pegangan
Sebagai cahaya
Untuk menyuluh
Di lorong gelita

Oh Tuhan berikanlah semangat
Untuk aku terus berdiri
Agar dapatku meneruskan langkah ini
Dan mencari
Kebenaran

Selagi riwayat
Belum berakhir
Takkan ku henti
Perjalanan ini

Lagu: MAY
Lirik: Mus

_____________________________________________

PELAYARAN

Berilah peluang kepada diriku
Meneruskan pelayaran ini
Dan mencari secebis erti
Untuk aku berdiri
Usahlah kau menghalang diriku
Untuk mengejar cita ini
Agar ku capai kejayaan
Dalam hidup

Ku hanya memberi satu kesenian
Untuk dinikmati bersama
Akan ku hulur dengan caraku
Yang ikhlas ini

Aku juga insan seperti mu
Perlu melengkapkan diri
Melalui lorong hidupku
Akan ku teruskan
Pelayaran ini
Sehingga hujungnya

Lagu: MAY
Lirik: Mus
_____________________________________________

HAKIKAT PERJUANGAN

Berdiri megah
Lagak pahlawan
Menyumbang tenaga
Membela nusa bangsa
Pertahan kedamaian

Setia ikrar
Sedia berkorban
Demi maruah negara
Menghapus musuh durjana

Semangat perjuangan
Walau dihujani
Peluru tak bermata
Kau harungi
Dengan ketabahan

Teruskanlah
Perjuangan

Bangun segera
Pejuang perkasa
Teruslah berbakti
Semangat tetap membara
Jangan mati sebelumnya

Lagu: MAY
Lirik: Mus

5 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Selama ini saya tidak suka lagu rock kerana menyangka senikatanya tentulah juga berbentuk 'jiwang-jiwang'. Rupa-rupa selepas membaca senikata dalam entri ini barulah saya tahu bahawa senikatanya cukup baik dan berbentuk positif.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Hj.,
1. Terima kasih atas titipan kata dalam entri sebegini yang agak lain kandungannya. Kunjungan Tn. Hj. cukup bermakna buat saya.
2. Untuk makluman Tn. Hj. banyak lirik dalam lagu oleh kumpulan rock era tersebut yang bermutu serta bernilai semangat dan motivasi. Sedangkan banyak lagu artis pop serta artis balada lain cuma lirik yang menyampaikan kata-kata 'kosong' dan kurang bermanfaat. Sifu Azhar amat arif berbanding saya dalam hal ini.
3. Saya akan cuba tulis dan lampirkan lagi lirik-lirik yang baik nilainya dalam era rock ini (juga merujuk Sifu Azhar) dalam blog ini semampu yang ada.
4. Banyak lirik antaranya ciptaan Arwah Loloq dan Arwah J.S Kevin (hanya sekadar menyebut 2 nama ini) yang puitis serta terarah untuk naikkan semangat dan motivasi, juga lirik berunsur keinsafan - ketuhanan.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
(dan salam jua untuk TUAN HAJI)
Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawa entri sebegini perlu lebih kerap disertakan dalam blog RAR. Banyak nostalgia dan falsafahnya. Album Hakikat (MAY) merupakan album kedua selepas Dilema. Album inilah yang paling berjaya utk MAY kerana pada ketika dilahirkan, era rock menguasai persada, bermula dengan kemunculan Cinta Buatan Malaysia (Search). Dalam album ini, saya pun tertarik dgn lagu Dalam Kembara (yang saya anggap lagu slow rock terbaik MAY sampai hari ini), dan Pelayaran, selain lagu Grafiti (yang saya anggap antara lagu terbaik MAY kategori heavy). Semua lagu dalam album ini "killer song", bukan macam album sekarang yang hanya bermodalkan satu atau dua lagu sahaja. Hakikat turut menampilkan lagu Janji Ilahi, Dari Kaca Mata, Sendiri (ke final Juara Lagu/Muzik Muzik), dan Cintamu Mekar di Hati (lagu malar hijau dan menjadi pilihan popular di pusat karaoke). Memang benar, lirik semua lagu ini berfalsafah, dan dapat dijadikan pegangan, khususnya Dalam Kembara. Lihatlah ungkapan ini
"Sepanjang jalan
Penuh kesulitan
Apakah diriku
Akan berjaya
Hanya pegangan
Sebagai cahaya
Untuk menyuluh
Di lorong gelita".
Saya rasa walaupun liriknya mudah, namun masih adakah lirik sebegini yang berputar di corong radio? Yang banyak sekarang lebih kurang begini: Aku cinta kamu, kamu sungguh cantik, aku suka kamu, dan "pergi jahanam dengan kamu" (pinjam ungkapan Tok Guru!)
RAR, teruskan usaha ini. Cuba muat naikkan lirik lagu kumpulan Bloodshed, BPR, SYJ, dll pula. Saya tunggu...!

視訊聊天室 berkata...

豆豆聊天室
戴子郎投資學院
情色a片下載
賓館偷拍影片直播
自拍貼圖
北京賽車
通博娛樂評價
現金版是什麼
免費a片

線上免費試看短片a片 berkata...

現金板被抓
九州現金板
線上免費看a片
現金板
賭場黑名單
成人文學
免費OL絲襪美腿自拍
現金版代理
娛樂城活動