Jumaat, Jun 05, 2009

KUTIPAN: INI BUKAN ANUGERAH POLITIK...

Berita Harian Online - 5 Jun 2009
Pas beri anugerah pejuang bahasa kepada Hasan, Samad

SHAH ALAM: Pas hari ini memberi Anugerah Pejuang Bahasa 2009 kepada karyawan, Datuk Hasan Ahmad, dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, sebagai mengiktiraf bantahan mereka terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Anugerah itu disampaikan kepada mereka oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada majlis perasmian Muktamar Pas ke-55, di sini. Hassan adalah pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), manakala Samad adalah penasihat GMP.


m-Star Online - 5 Jun 2009
Hassan, Samad Said terima Anugerah Pejuang Bahasa PAS
Oleh G. MANIMARAN

SHAH ALAM: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hassan Ahmad menerima Anugerah Pejuang Bahasa yang disediakan PAS.
Hassan juga merupakan Pengerusi Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP). Samad pula merupakan Penasihat GMP.
PAS turut menyokong usaha memansuhkan PPSMI. Ini kali pertama PAS menyediakan anugerah tersebut.
Kelmarin, Samad turut mendeklamasikan sajak pada sesi pembukaan Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-50 di Gombak. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik berkata, parti itu mengadakan anugerah bagi mengiktiraf perjuangan mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu.

2 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Memang wajar anugerah itu dikurniakan kepada mereka berdua, yang sedar akan upaya bahasa Melayu dan sedar akan ketidakupayaan golongan tertentu untuk memartabatkannya. Apa-apapun, kita tunggu dan lihat reaksi pemimpin UMNO dan kerajaan. Saya menjangkakan bahawa mereka berdua akan dinilai secara songsang dan akan dilabelkan sebagai "lupa daratan, lupa diri, lupa asal usul" dan yang seumpamanya. Ataupun, tidak ada ulasan langsung kerana tercabar! Sama-samalah kita tunggu sehari dua ini...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
Begitulah yang diharapkan perjuangkan bermati-matian hal bahasa ini tetapi tidak berbuat apa-apa (sedangkan antara asas perjuangannya tentang bahasa Melayu).

Sepatutnya juga diberikan ANUGERAH PENGKHIANAT BAHASA MELAYU kepada 2 - 3 pemimpin tertentu juga...