Selasa, Jun 09, 2009

KUTIPAN: BEZA DUA KENYATAAN, KENAPA DILABEL 'BODOH'?


Wajib lulus Inggeris dalam SPM langkah yang baik - Dr. M
(Utusan Malaysia - 9 Jun 2009)

CYBERJAYA 8 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah langkah yang baik demi masa depan generasi akan datang.
...................................................................................................
...................................................................................................
...................................................................................................

Mengenai penangguhan keputusan dasar PPSMI, Dr. Mahathir berkata, beliau kecewa sekiranya kerajaan memutuskan untuk menggunakan semula bahasa Malaysia.

"Jika itulah jadinya, pada masa depan semua orang Melayu dan rakyat Malaysia akan jadi BODOH," katanya.

__________________________________________________


PPSMI: Jangan korbankan bahasa kebangsaan
(Utusan Malaysia - 9 Jun 2009)


KUALA LUMPUR 8 Jun - Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan tidak sepatutnya dikorbankan melalui PPSMI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, ia hanya merugikan masyarakat hanya semata-mata kerana mahu mengejar kemajuan dalam dua bidang itu dengan pantas melalui penggunaan bahasa Inggeris.

"Saya khuatir anak-anak kita nanti tidak tahu mengira dalam bahasa kebangsaan. Ini satu kerugian," katanya.


Catatan kaki:
- Bahasa Malaysia seharusnya dibaca Bahasa Melayu.
- Untuk berita penuh berita di atas, sila dapatkan Utusan Malaysia hari ini (9 Jun 2009).

7 ulasan:

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

salam Sdr. RAR,
1. Terima kasih kerana memberitahu yang benar dalam keadaan tersebut. Saya sangatlah menghargainya.

Ameen Homestay berkata...

sebab yg cakap tu rasa dialah genius..paling hebat. Org lain bodoh. Tak pandai English je bodoh la ?..anak murid aku hafal sifir tak ingat2, sebab apa ? tiap hari baca dlm english,,sengal !

Citra Wangsa berkata...

Kalau tak pandai Inggeris dilabel BODOH, maka ramailah masyarakat yang bodoh di Jepun, Korea, Perancis, Jerman...

D'Rimba berkata...

Putar alammmmmmmmm.

Sisipan Ilham berkata...

salam
pandai bahasa dan pandai mengira adalah dua kemahiran. jika pandai kedua-dua adalah bagus.
psst..., orang jepun tu bodohla kot sebab tak pandai BI. Tapi sejak budak-budak lagi dah ada yang cipta robot.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Lama tidak kunjungi blog RAR kerana balik ke Penang dan Kedah. Kadangkala apabila mengatakan orang lain bodoh, ingatlah sebenarnya kita jauh lebih bodoh!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azam,
Walaupun pahit kebenaran harus ditegakkan apatah lagi seseorang itu tiada dalam satu mesyuarat @ perbincangan rasmi...

Pakcu,
Itulah sebab terlalu sangat agungkan bahasa Inggeris dalam semua segi... mungkin bahasa Melayu juga akan diajar dalam bahasa Inggeris?

Azura,
Mantan Pemimpin Besar 'bodohkan' rakyat yang beliau pimpin selama 2 dekad. Jadinya...

D'Rimba,
Alam berputar pabila mendengar kenyataan ini...

Sisipan Alam,
Kenapa beliau suatu ketika dahulu menggerakkan 'Dasar Pandang ke Timur'?

Cikgu Azhar,
Jika dapat cikgu cari Peribahasa Arab tentang hal ini melalui tajuk MELASTIK KE BINTANG. Kenapa beliau kata rakyat bodoh atau beliau membodohkan rakyat?