Sabtu, Mei 09, 2009

BESAR RAHMAT ANUGERAH-NYA

1. Isteri mula ditahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 4 Mac 2009 kerana dikesan bahawa uri kandungan terletak di bawah. Kata doktor kedudukan pada tahap 2-3 (ada 4 empat tahap keadaan bahayanya) serta implikasinya besar jika berlaku pendarahan, mungkin jika tidak sempat ke hospital berjumpa doktor (dalam masa 15 - 30 minit) maka nyawa ibu dan kandungannya dalam bahaya. Isteri terus ditahan sehingga 4 Mei 2009 (2 bulan). - BESAR RAHMAT ANUGERAH-NYA.
2. Berdasarkan keadaan isteri, doktor telah tetapkan perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi dalam kandungan pada 5 Mei 2009. Namun pada 4 Mei 2009, doktor menjalani pemeriksaan akhir... didapati uri kembali tempat asalnya, maka boleh melahirkan bayi dalam keadaan normal. - BESAR RAHMAT ANUGERAH-NYA.
3. Isteri dibenarkan pulang setelah 2 bulan di hospital pada 4 Mei 2009, namun pada jam 1.15 pagi 6 Mei 2009 isteri terasa sakit... maka bergegaslah ke hospital lalu dimasukkan ke ruang untuk melahirkan bayi secara normal. Sedang sibuk menguruskan hal-hal pendaftaran dan dokumentasi (melibatkan dua tempat @ bangunan berbeza), maka lahirlah seorang bayi lelaki pada pukul 2 pagi (mengikut catatan rasmi hospital). Sempat melihat jururawat mencuci bayi, dan seterusnya sempat azan di telinga bayi. - BESAR RAHMAT ANUGERAH-NYA.
4. Isteri dan bayi ditahan berasingan kerana kawalan rapi untuk mencegah daripada berlaku 2-3 penyakit atau jangkitan tertentu. Isteri tinggal di blok B manakala bayi dikuarantin di blok A. - BESAR RAHMAT ANUGERAH-NYA.
5. Bayi dan isteri dibenarkan pulang pada 7 Mei 2009. Pada 8 Mei 2009 (Jumaat) ke Jabatan Pendaftaran, Wisma Persekutuan, Johor Bahru untuk mendaftar kelahiran dan memperoleh Surat Beranak. No. Surat Beranak: CE 00177 dan No. K.P.: 090506-01-0233, maka bertambahlah seorang lagi rakyat kelahiran negeri Johor bernama RAIF BIN RUSDI. - BESAR RAHMAT ANUGERAH-NYA.
6. Hakikatnya, teramat besar rahmat dan anugerah-Nya atas hal ini serta atas segala-galanya - isteri ditahan di hospital selama 2 bulan; saya menguruskan rumah dengan dua anak dengan kekuatan yang diberikan-Nya selama 2 bulan; dan isteri sepatutnya dibedah untuk melahirkan bayi tetapi saat-saat akhir kembali normal serta lahir secara normal. - BESAR RAHMAT ANUGERAH-NYA.

4 ulasan:

Citra Wangsa berkata...

Tahniah En. Rusdi. Dah 3 putera dah sekarang. Semoga isteri berada dalam keadaan selamat sepanjang berpantang. Sampaikan salam saya kpd Kak Wan. Amalkan makan pucuk nangka utk kuantiti susu badan. Minum pati ikan haruan atau ikan haruan bakar supaya luka cepat sembuh. Selamat utk baby juga...

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Tahniah kerana dikurniai seorang lagi cahaya mata.

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

TAHNIAH

Rusdi Abd Rahman berkata...

Hj. Shapiai / Azura / Syaidul Azam,
TERIMA KASIH ATAS INGATAN DAN UCAPAN.
Seorang rakyat Johor bertambah... maka patutlah saya terus kekal lama di negeri Johor... hehehe.