Isnin, Julai 04, 2011

SUNGAI LEBAM (ANAK SUNGAI JOHOR) YANG BARU DIKENALI...

Sempat rakam foto kapal terbang menuju ke Changi, Singapura.



Cikgu Shamsul bersama-sama rokok dan mengawal enjin bot.


Anak kecil ikan kerapu terperangkap dalam jaring yang diletakkan di tepi bangsal sungai.

Beberapa kelong yang hanya 50-100 meter dari rumah Cikgu Shamsul (ini kelong kecil di pinggir sungai sahaja, belum lagi yang kelong besar).


Sebuah kelong yang agak besar khusus untuk ternak kupang.


Tidak dirancang ketika ke FELDA Sening / Adela pada 3 Julai 2011 (Ahad) pabila sempat sekejap bersiar-siar dengan bot menyusuri Sungai Lebam (anak Sungai Johor) di Tanjung Serindit, Kota Tinggi, Johor.
Kunjungan ini dibawa khas oleh Cikgu Shamsul A. Wahab, rumahnya di pesisiran Sungai Lebam. Banyak kelong ikan, udang, kupang dan sebagainya makanan laut ada di sini. Besar dan luas juga Sungai Lebam ini, menurut Cikgu Shamsul pelbagai jenis ikan laut mudah diperoleh di sini apatah lagi jika betul-betul ke laut iaitu di perairan Selat Tebrau (muara besar Sungai Johor berhampiran Pulau Tekong, Singapura).

Khabarnya dari tempat Cikgu Shamsul (Tanjug Serindit) untuk ke muara besar Sungai Johor serta perairan Selat Tebrau sekejap sahaja serta boleh bermalam dengan menaiki bot. Buat kaki pancing ikan tempat ini juga sesuatu yang baik untuk rekreasi dan memperoleh hasil pancing ikan yang khabarnya agak lumayan (jika kena pada hari, pusaran air, jenis air, jenis umpan dan pelbagai hal lagi).

Hanya sempat sekejap sahaja di sini kerana masih ada urusan rasmi yang lain namun akan datang lagi ke sini atas urusan peribadi mahupun tidak rasmi secara berkumpulan. Tidak sempat juga untuk menjenguk Terminal Feri Tanjung Belungkor yang ada perkhidmatan feri ke Changi, Singapura dan Batam, Indonesia.

5 ulasan:

NASSURY IBRAHIM berkata...

Lihat airnya, rasa amat mendamaikan

NASSURY IBRAHIM berkata...

alamat blog - tambah nama ayah - nassuryibrahim.blogspot.com

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Nassury,
Terima kasih kerana tetap berkunjung ke blog ini, kawan juga tetap berkunjung ke blog Tuan.
Khabarnya ikan di sini banyak ikan laut kerana airnya masin.

Unknown berkata...

Salam, boleh emailkan saya no telefon cikgu samsul pemilik rakit sg lebam tu.....cos saya nak cuba memancing kat situ. ini alamat email saya. rsl5161@yahoo.com


Cikgu Rosli.

Unknown berkata...

Ada sesiapa yang boleh bgtau no pemilik rakit tu..?