Isnin, Julai 04, 2011

BICARA KARYA KEMBARA DAKSINA

Baharuddin Buyong Kahar dan Abd Talib Hassan.


Pak Bahar, mesra dan mudah berbicara.

En. Ainol Hasanal Jalaluddin, penggerak utama yang gigih serta penuh komited menjayakan program ini.


Sebahagian para tetamu dan khalayak.


Sebahagian buku hasil karya Abd Talib Hassan yang terhasil sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Bicara Karya Kembara Daksina anjuran PPJ Segamat, UPENA UiTM Johor, DBPWS dan UMNO Cawangan Bandar Putra Segamat diadakan pada 2 Julai 2011 di Perpustakaan Awam Segamat, Johor. Dua orang ahli panel yang tampil merupakan penulis novel dan cerpen prolifik tanah air iaitu Baharuddin Buyong Kahar terkenal dengan novel 'Senjakala' dan Abd Talib Hassan yang menyerlah melalui novel 'Saga'.
Penganjuran program ini diusahakan secara gigih dan penuh komited khususnya oleh En. Ainol Hasanal Jalaludin, Koordinator UPENA UiTM Johor (merangkap Setiausaha PPJ Daerah Segamat) dan Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob, Timbalan Rektor BPJI UiTM Johor (merangkap Pengerusi PPJ Daerah Segamat).
Inilah kali pertama dapat bertemu dan bersemuka dengan Baharuddin Buyong Kahar yang lebih mesra dipanggil Pak Bahar. Beliau seorang yang mesra dan mudah berbicara, manakala itu sempat berbual juga dengan Abd Talib Hassan yang penuh mesra serta sempat menyampaikan kata-kata hikmah iaitu "...dulu kita hidup susah, tapi senang; kini kita hidup senang, tapi susah...". Kata-kata ini dapat juga didengar dengan jelas oleh Tuan Haji Shapiai Mohd Ramly ketika makan tengah hari bersama-sama Pak Bahar, Pak Talib, En. Ainol dan Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob selepas majlis berakhir.

1 ulasan:

Ilham Ainol berkata...

Salam kunjungan Tuan Rusdi.

Hanya sekalung pujian dan terima kasih yang termampu dilafazkan atas sokongan dan kunjungan.

YB Datuk Ayub telah mengundang kita menganjurkan Perkampungan Puisi di Kg Melayu Raya, kampung halaman beliau. Ini satu peluang yang tidak akan kami lepaskan. Lagipun beliau telah bermurah hati menyumbang RM5000.00 kepada PPJ daerah Segamat untuk menjana program seterusnya.

Moga kita diberikan kesihatan dan akal fikiran yang kuat untuk melaksanakannya.