Jeti berhadapan pulau.
Pulau yang berdekatan, jaraknya cuma 200 meter dari pantai.
Hadapan tempat rehat dan santai (resort).
Kanak-kanak riang mengutip gula-gula.
Pada 25 - 26 Jun 2011 berkunjung ke Penyabong, Endau, Mersing, Johor atas urusan hari bersantai. Inilah kali pertama berkunjung ke kawasan pesisiran pantai yang popular di Endau khususnya Penyabong, sebelum ini hanya beberapa kali lalu di hadapan Kem PLKN Teluk Sari, Endau, Mersing. Rupa-rupanya kawasan di sini agak menarik pemandangan yang terpapar 3-4 pulau berhampiran pantai termasuk ada jeti LKIM. Banyak kereta yang diletakkan di kawasan jeti tersebut, rupa-rupanya pemilik kereta letak kenderaan di situ untuk ke laut (bermalam) memancing serta menjalankan aktiviti laut. Ada beberapa tempat santai (kawasan rehat / resort) untuk bermalam serta beberapa gerai jualan hasil laut di sini. Kawasan berhampiran di situ dinamakan Pasir Lanun yang terdapat kem perkhemahan pantai dan hutan renek.
3 ulasan:
Kampung halaman saya memang cantik, RAR.
terima kasih kerna sudi datang dan memuji.
:-)
YNWA
Cikgu Zaid,
Sememangnya indah kawasan ini bermula dari bandar Mersing sehingga pekan Endau. Inilah kali pertama ke Kampung Penyabong Laut.
nak pergi! nak pergi!
Catat Ulasan