Sebahagian foto-foto acara / program tahun 2001 (foto ketika itu masih secara manual - belum ada kamera digital).
Sebahagian foto-foto acara / program tahun 2001 (foto ketika itu masih secara manual - belum ada kamera digital).
Sebahagian foto-foto acara / program tahun 2002 (foto ketika itu masih secara manual - belum ada kamera digital).
Tarikh 2 Mei 2011 genaplah secara tepat dasawarsa berada di Johor atau lebih tepat berkhidmat di wilayah daksina ini (negeri Johor dan Melaka). Terlalu banyak pengalaman yang diperoleh sama ada berskala besar, sederhana dan kecil bersulam saat-saat suka, gembira, senyum, manis, hiba, sakit, pahit, hitam dan pelbagai lagi yang positif dan negatif. Semua serta terlalu banyak pengalaman yang diperoleh ini dalam konteks kerja hakiki dan kehidupan seharian sebenarnya limpahan rahmat besar-Nya yang tiada nilainya dalam kesempatan pusingan hidup yang dikurnia-Nya. Bermula sifar pada 2 Mei 2001 sehingga kini grafnya sudah amat berlainan sekali.
Banyak serta panjang lebar senarainya untuk dihuraikan sepanjang menyumbang tenaga dalam konteks kerja hakiki, pelbagai kejayaan berstatus dan berskala besar, sederhana dan kecil dapat dikecapi dan dinikmati namun banyak juga kekecewaan, kegagalan dan keperitan yang dialami namun hanya Dia Yang Maha Esa mengetahuinya. Apakah corak dan rentak 5 atau 10 tahun akan datang...? Hasil pengalaman yang diperoleh selama ini akan menjadi kunci utama untuk bergerak seterusnya di sini atau mungkin di tempat lain bagi tahun-tahun yang mendatang ini.
Hakikatnya... pengalaman yang diperoleh atas nama kerja hakiki dan kehidupan seharian selama ini atas besar rahmat-Nya serta dibantu secara penuh komitmen secara langsung dan tidak langsung oleh rakan-rakan yang terlibat dalam konteks kerja hakiki sama ada dalaman dan luaran; benar yang amat yakin sekali bahawa tanpa sokongan dan bantuan rakan-rakan dalam konteks kerja hakiki maka diri ini tidak akan mencapai tahap yang ada kini.
Sungguh demi sesungguhnya amat-amat berterima kasih tahap besar buat rakan-rakan yang terlalu besar membantu sepanjang dasawarsa ini terlalu ramai sebenarnya untuk disenaraikan tapi cukuplah setakat beberapa nama besar yang sering membantu dalam senang dan susah khususnya konteks kerja hakiki iaitu Cikgu Azhar Salleh, Cikgu Amiruddin Ali, Cikgu A. Rani Embi, Cikgu Mohd Rosli Bakir, serta ramai lagi yang rasa-rasanya ada sekitar 70-80 nama yang boleh disenaraikan yang seiring membantu dalam konteks kerja hakiki. Rakan-rakan dalam organisasi yang sama di sini atau di luar juga berjasa besar membantu dan menjayakan pelbagai perkara kerja hakiki, terima kasih teramat besar buat semuanya.
Hakikatnya juga bahawa dalam banyak yang telah dibuat serta yang berjenama berjaya penuh, separuh berjaya dan gagal (besar, sederhana dan kecil) berkait soal kerja hakiki sebenarnya secara sedar diri sendiri serta atas kesedaran insaf diri bahawa masih banyak yang belum mampu dibuat dan dihasilkan atas beberapa sebab yang sukar dinyatakan dalam tulisan ini. Rasa senang dan gembira serta selesa juga bersulam rasa kecewa dan hiba (besar dan kecil) yang dialami ini merupakan satu lonjakan yang harus menyedarkan diri sendiri juga untuk terus bergerak dan berkhidmat ke arah yang lebih positif selagi mampu dan seadanya atas rahmat-Nya juga.
4 ulasan:
RAR,
Terima kasih kerana meletakkan nama gua...Gua percaya momentum yang terlantun selama dasawarsa ini kerana kekuatan dan kekentalan semangat RAR yang begitu hebat atas dasar cinta minat sayang...Gua akan terus berdiri di belakang RAR dan DBPWS...selagi khidmat dan jasa bakti gua diperlukan...
untung orang Selatan... tahniah!
Cikgu Azhar,
Usah dinafikan langsung keistimewaan dan peranan amat besar AS dalam perjalanan dasawarsa RAR ini, AS sesungguhnya terlalu besar berjasa dan perkasa dalam banyak perkara selama dasawarsa ini.
Berbanyak terima kasih serta penghargaan buat AS.
En. Mohamad Kholid,
Terima kasih atas kunjungan dan titipan kata.
Ini semua atas dasar kerja hakiki yang bersulam kukuh atas dasar minat, cinta dan sayang demi bahasa, sastera, persuratan dan seni budaya di kawasan selatan.
Catat Ulasan