Sabtu, Julai 25, 2009

TUMPAHNYA CINTAKU DI P. PINANG!

Feri dan lautan biru P. Pinang.


Pemandangan P. Pinang (kawasan persekitaran Bukit Jambul - USM)
dari sebuah hotel di Bukit Jambul.

(Foto di atas dirakam sendiri menggunakan kamera murah berkuasa rendah)


(Catatan: TUMPAHNYA CINTAKU DI P. PINANG - kerana kelazatan dan kepelbagaian hidangan makanan serta keindahan dan keharmonian suasana pulau mutiara ini.)


1. Setelah selesai menguruskan dua program minggu lalu di Johor Bahru, maka kesempatan masa yang ada untuk memenuhi undangan selaku peserta sebuah seminar di USM P. Pinang. Kali terakhir ke Pulau Mutiara ini pada Disember 2008. Negeri Pulau Mutiara yang melahirkan seorang pakar @ perujuk ulung bahasa Melayu dan penulis kreatif yang prolifik serta insan yang arif tentang pengurusan kewangan - Cikgu Azhar Salleh.

2. Sampai di P. Pinang pukul 7 malam, lalu segera makan nasi kandar di Restoran Pelita. Rasa nasi kandar di P. Pinang enak dan lazat sekali berbanding nasi kandar di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Inilah cintaku yang tertumpah!

3. Berada di P. Pinang selama 3 hari ini akan dipenuhi juga dengan sesi makan dan jalan-jalan pabila waktu terluang. Terpandang dan terbaca beberapa kertas bersaiz A3 yang ditampal di dinding bangunan di tepi jalan raya bahawa malam esok (25 Julai 2009) ada ceramah isu semasa di Guar Perahu - jika tidak silap antara penceramahnya merupakan Ketua Menteri P. Pinang dan Mat Sabu. Jika ada kesempatan masa pasti akan turut serta 'memeriahkan' sesi penyampaian maklumat ini. Tertumpah lagi cintaku!
4. Ketika berkunjung pada Disember 2008 lalu projek melebarkan laluan Jambatan P. Pinang masih giat berjalan, namun ketika sampai awal malam tadi (untuk memasuki P. Pinang dari tanah besar) tiada kesesakan langsung kerana pelebaran jalan telah siap sepenuhnya. Siapa kata kerajaan P. Pinang mundur selepas diperintah PR? Pergerakan kenderaan, kepesatan perniagaan dan kehidupan manusia seharian serta pelbagai aktiviti seperti biasa sama seperti sebelum 8 Mac 2008! Keenakan nasi kandar tetap sama dan lazat juga!
Bersambung...

4 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Tuan RAR,
Laut atau feri yang biru?
Hijau kan lebih cantik.
Atau tuan sudah mengigau-ngigau untuk kembali menggemari biru.
:-)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
1. Laut dan feri - kedua-duanya biru tapi biru muda bukan biru tua!
2. Hijau memang lebih cantik tapi ada sikit sahaja 'pudarnya' ketika ini kerana pemain jersi no. 2 masih kekal dalam pasukan hijau-putih! Hehehe..
3. Mungkinkah 'Biru stamford Bridge' akan mengamuk kali ini?

Zaid Akhtar berkata...

Tuan RAR,
Biru Stamford Bridge tak pandai cakap omputih, susah sikit.
Dasar PPSMI perlu dilaksanakan di Chelski!

Azura berkata...

Seronoknyaaa...Penang memang best! 4 tahun di sana, hari-hari makan laksa dan char kuew teow! Pastikan master nanti buat di USM. En. Rusdi tak akan menyesal!