Sabtu, Julai 18, 2009

MAN U HANYA MAIN-MAIN BUAT LATIHAN RINGAN SAHAJA...!

1. Mungkin catatan ini bersifat 'tidak patriotik', tidak mengapa. Memang sudah lama ramai peminat bola sepak di Malaysia tidak patriotik dalam hal menyokong pasukan kebangsaan. Serata negara peminat bola sepak lebih meminati dan mengenali pemain dan pasukan di luar Malaysia terutamanya kelab dan negara Eropah dan Amerika Selatan.
2. Man U datang lagi 'melancong' ke Malaysia tahun ini atas nama Jelajah Asia (Asia Tour) sebelum bermula musim hangat English Premier League dan kejohanan serata Eropah. Man U datang kali ini tanpa Ronaldo yang telah berpindah ke Real Madrid dengan perpindahan paling mahal memecah rekoh dunia!
3. Menonton perlawanan Man U menentang Malaysia di rangkaian Astro 811 (5.45 petang - secara langsung) seperti menonton perlawanan di Old Trafford kerana Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri penuh penonton baju merah. Man U berpakaian merah tradisinya, cuma kenapa Malaysia tidak memakai jersi warna kuning-hitam berbelang (kononnya Harimau Malaya?) tetapi jersi biru ketat! Hakikatnya Man U dan Malaysia setaraf sebenarnya kerana memakai jersi 'NIKE''! Malaysia hanya boleh berbangga kerana memakai jersi berjenama 'NIKE' yang sama dengan Man U, itu sahaja!
4. Man U hanya main-main, corak permainannya jelas merupakan satu latihan ringan semata-mata manakala Malaysia 'lelah berpeluh' untuk bersaing! Kasihan lihat pemain Malaysia, dan menyampah mendengar ulasan pengulas perlawanan Astro 811 pabila menjelaskan bahawa pemain Malaysia 'absolutely performance', apa yang hebat dan menarik itu? Pengulas juga puji melambung tinggi pasukan Malaysia, inilah penyakit kekal pasukan bola sepak Malaysia... baru dapat sedikit menggelecek dan melepasi kawalan pemain Man U sudah besar kepala dan riak! Apa yang hebat pemain Malaysia ini?
5. Man U menang 3-2 itupun dalam main-main buat latihan ringan sahaja di Stadium Bukit Jalil, 2 gol Malaysia jaringan Amri Yahya itupun kerana Van Der Sar dan Foster nampak jelas sengaja melepaskannya, habis apakah Malaysia hebat? Tidak! Lawan pasukan di Asia Tenggara masih terkial-kial lagi! suatu hari nanti mungkin Malaysia tewas kepada Timor Leste!
6. Tahniah besar buat Man U kerana 'mempermainkan' pasukan Malaysia kali ini. Hakikatnya Man U hanya main-main dan buat latihan ringan sahaja di Stadium Bukit Jalil itu. Ingat pemain Malaysia; Rooney, Giggs, Berbatov, Ferdinand, Nani, Van Der Sar dan kawan-kawannya datang untuk melancong sahaja, bukan apa-apapun - datang main-main sahaja; jika Man U bermain dalam kekuatan sebenarnya pasti Malaysia kena belasah lebih 6 gol, itu 1 Malaysia sudah tahu serta 1 Malaysia tidak hairan jika dibelasah hingga 10 - 0!
7. Jika ada laporan dan kenyataan pihak Man U (pemain dan pengurus) yang memuji pemain Malaysia - itu hanya PUJI AMBIL HATI cuma! Dalam hati mereka cuma 'main-main, buat latihan ringan dan melancong sahaja'! Terimalah hakikat bahawa pasukan kebangsaan bola sepak Malaysia masih terkial-kial di rantau Asia Tenggara - mungkin suatu hari di bawah pasukan Timor Leste, Filipina, Kemboja dan Brunei; apatah lagi jika hendak disamakan dengan pasukan Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar - Malaysia terus ketinggalan!

4 ulasan:

pakcu berkata...

haha..setuju..setuju...
MU main lebih kurang je.
Rooney, batov, Nani semua berpeluang rembat depan gol tp masih passing pd rakan2 lain. Lebih kepada entertaiment game. Kang kalau tibai teruk2, aib pulak tuan rumah.
Runi sgt bermurah hati, berapa kali je diia shoot semalam ? di EPL jgn harap !

rafa berkata...

RAR,
MU itu boring.
Kalau bagi tiket free pun, tak 'terhingin' hamba menonton aksi Ultraman-MU. Boleh muntah dibuatnya. Siapa jadi pengadil semalam?

:-)

pakcu berkata...

hahah gile apa peminat liverpool nak tgk MU dtg Malaysia. Err, kami pun tak sudi nak bagi tiket kat peminat liverpool hahah, ramai lagi yg nak tiket. Peminat bersepah kat luar tu.
apa2 pun kami rindu utk lihat Owen skor di anfield tahun nih hehehe..

akureformasi berkata...

Lebih rindukan sentuhan Ronaldo.... =(