Ahad, Julai 19, 2009

MU - TAJUK AKHBAR YANG MELOYAKAN!

Seperti dijangka tajuk dan isi kandungan akhbar (bahasa Melayu dan Inggeris) hari ini cukup jenaka dan meloyakan. Mengulas tentang 'menang tipis' MU, akhbar dan berita televisyen Malaysia ghairah memuji pasukan Malaysia seperti telah menjuarai Piala Dunia! Berikut beberapa kutipan tajuk akhbar (bahasa Melayu) yang menggambarkan 'betapa hebatnya pasukan bola sepak Malaysia?':



a. Kalah kita bermaruah (Mingguan Malaysia)
b. Ferguson kagum persembahan anak-anak buah Rajagobal (Mingguan Malaysia)
c. Saya tahu gaya Van Der Sar - Amri (Mingguan Malaysia)
d. Dua gol Amri buat United gubra (Berita Minggu)
e. Kenangan manis buat saya: Amri (Berita Minggu)
f. Amri buat Van Der Sar gigit jari (Berita Minggu)
g. Fergusan kagum aksi Malaysia (KOSMO)
h. Tewas tapi membanggakan (KOSMO)
i. Kenangan manis Amri (KOSMO)



Seperti tulisan (entri) sebelum ini ditegaskan sekali lagi bahawa:
Jika ada laporan dan kenyataan pihak Man U (pemain dan pengurus) yang memuji pemain Malaysia - itu hanya PUJI AMBIL HATI cuma! Dalam hati mereka cuma 'main-main, buat latihan ringan dan melancong sahaja'! Terimalah hakikat bahawa pasukan kebangsaan bola sepak Malaysia masih terkial-kial di rantau Asia Tenggara - mungkin suatu hari di bawah pasukan Timor Leste, Filipina, Kemboja dan Brunei; apatah lagi jika hendak disamakan dengan pasukan Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar - Malaysia terus ketinggalan!

6 ulasan:

mohamad kholid berkata...

MU... ingatkan Manek Urai!

pakcu berkata...

mu, jalan2 cari makan hahaha
bila la rafa nak datang bawak anak2nya dtg nih..dah ramai penyokong REDS kempunan nak ke bukit jalil hehe..

Hanita Hassan berkata...

Istilah meloyakan tu banyak maknanya. Tapi bila dah dijadikan tajuk cerita sedap juga bunyinya.

Pada saya, tuan janganlah selalu berfikir yang negatif nanti semuanya jadi negatif. Jadi selalulah berfikiran positif.

Kata jutawan wang, setiap kali kita memikirkan tentang wang, setiap kali itulah getaran wang akan mengalir masuk ke dalam diri kita. Saya anggap benda ini juga boleh diaplikasikan kepada perkara lain. Jadi bila kita memikirkan benda yang baik, sudah tentu kesudahannya adalah baik-baik belaka.

Selamat.

Hasrina Baharum berkata...

Salam, En. Rusdi,

Insya-Allah, bertemu kita dalam seminar naskhah Melayu di USM Jumaat nanti.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Komen entri ini mudah sahaja, apa yang RAR tulis, saya sokong sepenuhnya!

zulkhair berkata...

Namanya pun perlawanan persahabatan (perkawanan?). Yang musykilnya kenapa majoriti penyokong pakai baju merah?