Selasa, Julai 14, 2009

KALAH LAGI! 1 MALAYSIA SUDAH TAHU

1. SYUKUR BESAR KEPADA-NYA kerana tewasnya pasukan biru putih @ merah-putih-kuning. Tewasnya menandakan bahawa pasukan hijau-putih tetap dan terus diminati.

2. KALAH TETAP KALAH! walaupun kalah tipis atau kalah kerana tendangan penalti, namun kalah untuk pasukan biru putih @ merah-putih-kuning merupakan kalah yang memalukan jika dilihat segala gah dan besar persediaan strategi pasukan ini. Sebelum inipun pasukan ini kalah dalam perlawanan sebegini kecuali menang di sebuah tempat yang entah bukan-bukan, satu lagi perlawanan di stadium P. Pinang tidak berani langsung berlawan! Katanya membazir...? Hahaha...

3. Hebat sungguh pasukan biru putih @ merah-putih-kuning ini hingga terpaksa import Pengurus dari Pagoh serta meminta nasihat dari Penasihat Khas di Pekan! Jurulatih senior dan muda dilatih secara keras dan tegas oleh orang Pontian dan Rembau! Juga hampir 1 Malaysia dibawanya untuk menunjukkan sokongan di laman stadium MU, diserangnya habis-habisan stadium MU.

4. Dengar katanya Pengurus pasukan biru putih @ merah-putih-kuning dalam perlawanan ini ada menyatakan bahawa jika mahu jambatan baharu terus ke stadium MU kenalah sokong pasukannya! Indah dan enak sungguh 'sogokan' Pengurus itu! Dengar katanya juga beberapa orang pihak pengurusan pasukan ini memperkecilkan pemain utama pasukan hijau-putih!

5. Hebat yang amat sungguh pasukan biru putih @ merah-putih-kuning mempromosi dirinya ke 1 Malaysia sarat menyerlahkan 'angka-angka' yang kononnya mempunyai 'faktor X', lalu lihatlah strateginya... penyerang diletakkan di bahagian pertahanan!

6. Namun harus diingat, PASUKAN PUTIH-HIJAU JANGANLAH TERLALU SELESA DENGAN KEMENANGAN TIPIS INI! Buang sahajalah dan jual terus 'pemain jersi no. 2' dalam pasukan hijau putih itu kerana 'pemain itu sungguh-sungguh berminat' hendak 'bersatu' dengan pasukan biru putih @ merah-putih-kuning itu, kenapa 'pemain no. 2' itu sungguh-sungguh amat nampaknya, kenapa? Penyebab menang tipisnya pasukan hijau-putih kerana sikap dan sifat 'pemain no. 2' inilah rasanya? Mantapkan kembali penjaga gol yang komited, pemain pertahanan yang kental, posisi bahagian tengah yang tersusun, dan strategi menyerang yang mantap buat pasukan hijau-putih iini. BUANG DAN JUALLAH PEMAIN NO. 2 YANG ADA KINI... SEMACAM MAHU BERMAIN UNTUK PASUKAN LAIN (Pasukan Biru Putih @ Merah-Putih-Kuning)!

7. Pasukan biru putih @ merah-putih-kuning ini nampaknya masih tidak serius dan 'main-main' untuk berubah menyeluruh (berubah sikap angkuh, cakap besar, besar kepala, riak, sombong, berlaku tidak adil dan lain-lain sifat negatif lain), jika begitu bagaimanakah masyarakat inigin menyokong dan mendokong pasukan ini buat masa terdekat atau terjauh nanti?

4 ulasan:

Azura berkata...

Eh, ni perlawanan bola sepak ke??? (kalau dah kaki bola tu...tetap kaki jugaklah...).

Apapun,tahniah kepada seluruh penyokong Hijau-Putih!

akureformasi berkata...

Terima kasih atas sokongan saudara terhadap entri saya. Komen balas telah saya catatkan dalam entri berkenaan...

Sekian... wassalam..

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Wah, bersatira! Dan, menarik entri ini...rasa-rasanya inilah antara entri yang paling puas dibaca! Stadium MU, jersi no. 2, biru putih, hijau putih, dll. merupakan manifestasi kepuasan yang tidak tergambar, apatah lagi tumbangnya Chelsea!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azura,
Sesekali harus sinis serta beranalogi dalam bentuk tulisan sebegini, seperti kata Sifu Azhar 'satira'. Perlawanan bola sepak hampir sama dengan perlawanan politik...

Sdra. Akureformasi,
Terima kasih atas kunjungan ini, sama-sama kita berkongsi pendapat. Apa-apapun menunggu kini apakah 'pemain jersi no. 2' bakal terbuang atau dijual dengan harga yang murah! Mungkin juga pencetusnya iaitu 'pemain jersi no. 1' pun akan terbuang? Minta-minta ini tidak akan terjadi.

Cikgu Azhar,
'The Blues - Chelsea' tidak sama dengan pasukan biru putih @ merah-putih-kuning yang ada itu, 'The Blues - Chelsea' akan 'bangkit dari abu' untuk musim 09/10 nanti.
Ada rahmat atas izin-Nya atas menang tipis pasukan hijau-putih untuk sedarkan pasukan jangan mudah sengketa dan lalai masa kini kerana 'piala yang lebih besar' menanti; biarkan pasukan biru putih @ merah-putih-kuning itu berpesta suka ria atas tipisnya kekalahan mereka... biarkan mereka terus berpesta bergembira bermegah mendabik dada kini, namun pasukan hijau-putih harus muhasabah diri sepenuhnya untuk tumbangkan secara menyeluruh pasukan biru putih ini hingga turun ke divisyen 2 dan 3 nanti!