Sabtu, Jun 13, 2009

SIRI 2: GUNUNG LEDANG - FLORA PILIHAN (YANG SEMPAT DIRAKAM)













(Sebahagian foto bunga dan pokok orkid yang sempat dirakam di TNJGL menggunakan kamera digital berkuasa rendah.)
1. Saya bukanlah penggemar dan peminat tegar pokok bunga khasnya pokok dan bunga orkid tetapi berminat melihat sesuatu yang indah tentang alam dan kehijauan alam ciptaan-Nya.
2. Dalam kesempatan dan peluang lawatan ke kawasan pejabat dan persantaian Taman Negara Johor Gunung Ledang (TNJGL) dan kawasan Gunung Ledang (GL) pada 9 - 10 Jun 2009 yang bertujuan mengadakan satu program yang dinamakan PENGUCAPAN PUISI ALAM: GUNUNG LEDANG, saya sempat merakam dan menikmati suasana alam di GL ini. Saya sempat merakam banyak objek dan keindahan alam di sana melalui kamera digital berkuasa rendan dan murah (Canon PowerShot A550).
3. Sekadar ingatan, program PENGUCAPAN PUISI ALAM: GUNUNG LEDANG ini merupakan usaha pihak Taman Negara Johor (TNJ) yang bakal diadakan di sekitar kawasan TNJGL dan kawasan GL (bermula dari kaki hingga ke puncak GL) pada 31 Julai - 2 Ogos 2009.
4. Sebahagian foto orkid di atas hanyalah yang terdapat di tempat persantaian TNJGL itu sahaja (atau lebih tepat di kawasan pintu masuk TNJGL), ini belum lagi seribu satu macam flora dan fauna yang terdapat di bahagian kaki hingga puncak GL. Orkid yang dirakam tersebut terletak di satu tempat khas yang mudah dilihat.
5. Menurut Pegawai TNJ, sebahagian orkid yang ada ini merupakan orkid yang hampir pupus dan tumbuh liar. Pihak TNJ mengambil langkah positif mengambil, menyimpan dan menjaga pokok orkid ini di sekitar kawasan GL sebagai bahan flora yang amat berguna untuk tatapan masyarakat. Menurut Pegawai TNJ lagi bahawa di GL (dari kaki hingga puncak) tedapat ratusan spesis atau jenis orkid dengan pelbagai nama saintifiknya.
6. Makanya, anda bolehlah datang sendiri berkunjung ke TNJGL untuk mengetahui dan menikmati suasana alam dan hutan di sini. Bila lagi... selagi usia dan tenaga anugerah-Nya masih ada dan kuat, persilakan ke GL ini.
Bersambung dalam siri lain yang berlabelkan Gunung Ledang...

4 ulasan:

D'Rimba berkata...

Wah sahabat mayaku, Saya amat suka alam semulajadi ini...Terima kasih sudi mengenaliku...Saya sekadar insan biasa sahaja yang perlu belajar banyak lagi daripada orang seperti sahabat yang punyai banyak ilmu penuh di dada. Silalah tunjuk ajar.

Citra Wangsa berkata...

Sedappp mata memandang. Tanaman herba tak jumpa ke???

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Foto-foto ini, kalau dibesarkan, dibingkaikan, dan dijual, mesti laku! Nampaknya, sahabat karibku ini sudah mula menggerakkan langkah ke dunia foto, terkena badi Azam kot! Teruskan usaha bro!

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam en.rusdi yg dihormati. sejuk mata memandang, meresap ke dalam diri. indahnya kalau dapat menjejakkan kaki ke sana.