Sabtu, Jun 06, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: JANGAN TERLALU MUDAH UNTUK BERSETUJU DENGAN 'OBJEK ITU'?

1. Secara berfikiran terbuka (serta bersedia menerima pandangan lain), saya secara peribadi tidak berapa bersetuju dengan konsep Kerajaan Perpaduan yang dicanang oleh media sejak berlangsungnya Muktamar PAS ke-55 dalam 2-3 hari ini (baca: provokasi 'objek itu' melalui media arus perdananya).
2. Mungkin pendapat saya ini agak kurang kajiannya tetapi ini semata-mata pendapat @ luahan hak bersuara sendiri. Kenapa perlu 'perpaduan' dengan 'objek itu' sedangkan permintaan PAS untuk 'beberapa perkara' tidak mampu diputuskan sehingga kini? Sedangkan 'objek itu' punya hak dan kuasa kini untuk menentukannya.
3. Sejak dahulu (semenjak saya berminat mengikuti perkembangan politik - ketika di sekolah menengah lagi) PAS sering diperlekehkan serta diperbodohkan juga 'dizalimi' oleh 'objek itu'. Paling tidak yang masih saya ingat bahawa isu 'fatwa Haji Hadi' digunakan sejak pilihan raya umum atau kecil bermula tahun 1986 hingga kini pun. Masih teringat (serta lucu juga sifatnya apabila media menggambarkan Kelantan akan mengalami kebuluran serta huru-hara dalam tempoh 3-4 bulan selepas PAS berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Dan terlalu serta berbentuk pelbagai jenis lagi kata-kata, tindakan dan tuduhan serta 'dizalimi' 'objek itu' kepada PAS!
4. Melalui pengamatan dan pembacaan umum, saya semacam terasa bahawa 'objek itu' berjaya dalam menggerakkan provokasi serta ingin pecah belahkan PAS melalui isu 'Kerajaan Perpaduan' ini. Beberapa pemimpin PAS semacam turut mengikut rentak mainan 'objek itu', kenapa? Lupakah akan 'tindakan dan sifat zalim' 'objek itu' selama PAS berjuang selama ini?
5. Saya AMAT BERSETUJU untuk wujudnya Kerajaan Perpaduan ini jika 'objek itu' berubah dahulu daripada sikap ego, riak, sombong, angkuh, tidak sedar diri, besar kepala, cakap besar, bangga diri yang melebih-lebih, bergaya mewah (dalam konteks tidak sepatutnya), zalim, dan pelbagai sifat luaran dan dalaman yang bertaraf negatif yang ada dalam sebahagian besar pemimpin serta pengikut tegarnya. Jika tidak berubah menyeluruh, amat rugi serta penuh sesalan yang bakal dihadapi oleh PAS.
- LUPAKAH 'KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN' YANG TELAH TERKENA BATANG HIDUP PAS SELAMA INI!!!? MUDAHKAH UNTUK BERSETUJU AGAR ADA PERPADUAN.
- MUNGKINKAH PIHAK YANG SATU LAGI PUNYAI AGENDA YANG TIDAK DIKETAHUI HUJUNG PANGKALNYA ATAU SEKADAR INGIN AMBIL KESEMPATAN?
- MUNGKIN PANDANGAN INI LEBIH BERSIFAT CURIGA TETAPI JIKA 'OBJEK ITU' TIDAK JUGA BERUBAH MAKA 'OBJEK ITU' AKAN 'RUNTUH' SEPERTI RUNTUHNYA BUMBUNG STADIUM?

5 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

wah, entri ini hangit bau politiknya!
:-) sabar RAR sabar.

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

Tunggu entri sambungan tentang konsert search.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Komen ini datangnya dari jauh, di bawah langit pentadbiran saudara Lim Guan Eng. Ya, sangat bersetuju dengan entri ini, bahawa "objek" itu, atau ringkasnya, UMNO perlu berubah! Mahukah mereka berubah!

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Mudah-mudahan 'Objek itu' berubah.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
Bukannya faktor politik semata-mata tapi harus sedar tentang 'pengkhianatan objek itu' selama ini... Tidaklah payah 'objek itu' berubah demi kelangsungan fahaman tapi provokasi 'objek itu' telah berjaya dalam hal ini!

Sdra. Azam,
Tentang entri itu terpaksa ditangguhkan dahulu kerana teguran-teguran manja tentang peralatan siar raya konsert akan dimasukkan nanti... hehehe...

Cikgu Azhar,
Mainan 'objek itu' memang licik, namun kita harap 'objek itu' berubah secara menyeluruh... jika berubah menyeluruh (pemimpin dan pengikut tegar) maka akan mudahlah perpaduan diwujudkan.

Tn. Hj. Shapiai,
Begitulah harapannya, jika mereka ikhlas ingin berubah menyeluruh maka ramailah (termasuk saya) yang akan sayang (serta sanggup lakukan apa sahaja) dan bangga akan 'objek itu'!