Rabu, Jun 17, 2009

KATA PILIHAN: 'SAMPAH'

Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud SAMPAH:

sampah
1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap;
~ sarap bermacam-macam sampah;
2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna;
~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina;
~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang;
~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan;
spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan;
menyampah
1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik:
Semah ~ bukan kepalang;
2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll);
3. bp mengganggu orang (mengacau dll);
persampahan - tempat membuang (timbunan) sampah.


Kaukah Sampah Di Persampahan?

Kau digelar sampah, layakkah?
tika nasihat dikhabarkan
tika teguran lembut tidak kau hiraukan
kau ego menentang kata nasihat
kau pekak dengan teguran
kau bangga lonjak sentuh bintang
kau angkuh dalam angan kata-kata
kau hampir lupa diri
kau merapati boneka
kau leka perangkap dibina
mahukah kau berpesta di persampahan
sedang pembina perangkap sampah itu
belum pasti mahu berubah jitu?


(Amaran: Jangan mudah menjadi 'sampah' apatah lagi 'sampah' akan diraikan dalam pesta pembina perangkap sampah di persampahan yang terancang licik!)

3 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Fuhh...berselirat makna dan maksud puisi ini! Saya melihatnya dengan dua perspektif, satu: suasana "sampah" di arus perdana, dan dua; wujudnya "sampah" di sekeliling wakaf kita! Mungkinkah itu maksudnya, RAR?

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
(Pada satu sudut lain): Menyampah mendengar kata-kata dolak dalih betaraf sampah dalam hal Penguasa yang masih tarik tali tentang PPSMI! Apakah bahasa Melayu hanya layak 'di persampahan'?

Namun dalam doa... harapan positif masih tetap ada di hati agar 'sampah' ini dikitar menjadi 'bahan terpakai' yang akhirnya insaf terhadap orang ramai suatu hari nanti.

rafa berkata...

Kejap lagi Rafa Benitez nak buat sidang media, nak panggil reporter ramai2 dtg. Nak marah Gerrard sebab main tak bagus tak payah cakap di kem latihan, sound direct je di press confrence. barulah berhikmah.