Jumaat, Mei 29, 2009

KUTIPAN: ANGKARA TEWASNYA MAN U!

Foto sumber Berita Harian Online - 29 Mei 2009.


1. Berita sumber Berita Harian - 29 Mei 2009
Penyokong Barcelona kena pukul
Gara-gara Manchester United gagal menjuarai Liga Juara-Juara Eropah
Oleh Ifwan Tun Tuah (ifwan@bharian.com.my)

KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang penyokong setia Barcelona meraikan kejayaan pasukannya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam, bertukar tragedi apabila dibelasah dan ditetak sekumpulan penyokong Manchester United (MU) di sebuah restoran di Pudu Hulu di sini, awal pagi semalam. Sebelum kejadian jam 4.45 pagi itu, Muhammad Radzeley Ramlan, 25, bersama sembilan rakannya menonton perlawanan akhir antara Barcelona dan MU di restoran berkenaan.
"Kumpulan kami terdiri daripada penyokong Barcelona serta MU dan seperti biasa ketika perlawanan berlangsung kami kutuk mengutuk antara satu sama lain. "Ketika itu, saya lihat sekumpulan penyokong MU yang duduk di meja sebelah seperti tidak berpuas hati dengan perbuatan kami. "Bagaimanapun, tanpa mempedulikan reaksi mereka, saya dan rakan terus bersorak meraikan kejayaan pasukan kami yang menewaskan MU 2-0 sebelum meninggalkan restoran dan berjalan ke kereta yang diletakkan berhampiran," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini, semalam.


2. Berita sumber Harian Metro - 29 Mei 2009
Diserang angkara Barcelona - Lelaki terima 18 jahitan
oleh Salman Hamat (salman@hmetro.com.my)

KUALA LUMPUR: Kegembiraan 10 sahabat meraikan kemenangan pasukan mereka menjuarai 'Piala Juara-juara Liga Eropah awal pagi semalam bertukar tegang apabila seorang rakan mereka dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Dipercayai sekumpulan 20 lelaki bersenjatakan parang, kayu dan besi itu dikayakan mengamuk serta membelasah mangsa berikutan berang selepas pasukan yang disokong kalah dalam perlawanan itu.


3. Berita sumber KOSMO - 29 Mei 2009
'Kami main macam orang bodoh'

ROM - "Barcelona buat kami nampak bodoh." Demikian komen ringkas pemain veteran United, Ryan Giggs selepas mereka tewas 0-2 kepada Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juar-Juara semalam.
Menurut Giggs, corak permainan yang dipamerkan Barca seola-olah membuatkan pemain United nampak bodoh sepanjang aksi di Stadium Olimpik itu. "Kali ini, mereka (Barcelona) membuatkan kami kelihatan seperti pasukan bodoh. Mereka menguasai permainan dengan sangat baik dan kami pula selalu gagal untuk mengimbangi permainan," jelas Giggs yang bermain di bahagian sayap.

7 ulasan:

Ameen Homestay berkata...

mamat mana la yg sengal main tgk bola dgn emosi org gila. Di rasuk red devil barangkali. Sengal diorang nih. Minum todi ke hapa ?

bikin malu mu fan aje. Dah kalah sudah la. Jangan jd rafa benitez, kalah tapi tak terima kehebatan org lain :).

Kami peminat MU yg waras, mengucapkan tahniah ke atas juara treble dr Sepanyol. Barcelona FC. Jumpa lagi tahun depan..Peace for All ! ( Termasuk juga rakan2 di BPL )

rafa berkata...

Peminat MU macam UMNO. hehehe

Tanpa Nama berkata...

TU LA PADANNNYA BILA CAKAP BESAR. KAN MELELEH AIR LIUR BILA TENGOK BARCE MENJULANG PIALA. TAHNIAH BARCE KERANA MENGALAHKAN MU. HIDUP LIVERPOOL

cantona berkata...

MU fan adalah pengganas tegar. Basmi MU hingga ke akar umbi, mulakan dengan pengurusnya dulu.

jaapstam berkata...

A Manchester United fan in Nigeria killed four people when he drove his minibus into a crowd of Barcelona supporters after his team lost the Champions League final, police said on Thursday.

The crowd in the town of Ogbo were celebrating Barcelona's victory after Wednesday night's match when the bus drove into them. A police spokeswoman said 10 people were injured and the driver was arrested.

MU FAN BUNUH ORG!

"The driver had passed the crowd then made a U-turn and ran into them," she said.

Barcelona beat Manchester United 2-0 in what was hailed as a "dream final" between two of Europe's best clubs. Both teams have large fan bases in Nigeria, Africa's most populous nation.

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

Rusdi,
Bila nak lawan bola tu? he he

Citra Wangsa berkata...

BOLA bukan sahaja boleh menyatupadukan masyarakat, bahkan berkemampuan juga memporakperandakan dunia!