Ahad, Mei 17, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH (HIDS)

1. HARI INI DALAM SEJARAH (HIDS) merupakan satu segmen disiarkan di televisyen dalam 2-3 minit yang cukup 'popular' ketika zaman saya di sekolah rendah dan menengah, maksud 'popular' itu - popular bagi diri saya kerana gemar menonton serta memperoleh maklumat tentang sejarah. Saya juga pernah melihat, membelek dan membaca HIDS versi buku yang diterbitkan oleh Arkib Negara Malaysia.
2. Seingat saya, pada suatu ketika dahulu HIDS disiarkan melalui RTM pada pukul 6.30 petang (menjelangnya waktu Maghrib). HIDS yang mendapat kerjasama Arkib Negara Malaysia disiarkan dalam mutu visual dan audio yang rendah serta kurang menarik serta membosankan; saya jangka mungkin pengendali stesen televisyen tidak mendapat sebarang tajaan dan sokongan pihak besar dalam kerajaan sendiri apatah lagi untuk mendapat sokongan pihak swasta!!?
3. Sejak dua minggu belakangan ini, saya dapat mengesan HIDS ditonjolkan dalam versi paparan maklumat bergerak di televisyen ketika sesebuah rancangan disiarkan dalam rangkaian TV2. SUATU YANG MEMBANGGAKAN PADA TAHAP KECIL... walaupun hanya dalam bentuk paparan maklumat bergerak sahaja.
4. Lalu terfikirlah saya, kenapa hanya disiarkan dalam bentuk begitu sahaja sedangkan kini teknologi televisyen digabungkan dengan teknologi komputer dapat menghasilkan sesuatu yang menakjubkan dalam bentuk paparan visual dan audio di televisyen? Terfikir saya bahawa pihak berwajib harus serius dalam tahap tinggi serta bertindak cepat melalui paparan media untuk menonjolkan dan memberikan maklumat tentang catatan sejarah negara kerana melalui media (dalam pelbagai jenis) maklumat sebegini segera dapat dicerap oleh masyarakat, tetapi haruslah dalam mutu tinggi serta tidak berpihak kepada kepentingan dan propaganda pemimpin tertentu sahaja yang konon-kononnya mengangkat konsep dan konteks '1 Malaysia'?
5. Namun paparan segmen HIDS dalam bentuk visual dan audio perlu 'keluar dan lari' daripada label berjenama membosankan dan memualkan rasa dan mata kerana teknologi suntingan visual dan audio amat canggih kini! Segmen HIDS harus 'segar, menarik dan teruja' sifatnya jika dibuat dalam bentuk visual dan audio!

2 ulasan:

Sham al-Johori berkata...

Salam tuan,
Pemimpin UMNO dan RTM sedang memadam sejarah bangsanya Melayu dan sejarah Tanah Melayu. Jadinya tak perlu lagi rancangan macam HIDS lagi.
Kalau ada pun hanya catatan mahkamah sahaja.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Saya tidak sabar-sabar untuk menunggu segmen HIDS yang bertajuk "Bahasa Melayu tidak lagi digunakan di Malaysia".