1. Saya telah dipilih sebagai hakim Pertandingan Debat Perdana Integriti Institut Pengajian Tinggi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada 16 - 17 Mei 2009 yang lalu. Saya dipilih oleh pihak DBP Kuala Lumpur bagi kuota hakim DBP yang diperuntukan oleh pihak IIM dan MADUM. Saya hanya mengadili pertandingan peringkat awal sahaja yang berlangsung sebanyak 6 pusingan.
2. Pertandingan ini merupakan anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan UTM. Sebanyak 20 IPT seluruh Malaysia menyertai pertandingan ini yang melibatkan 40 pasukan serta terdapat 38 usul yang diberikan untuk pendebat @ pasukan bersedia.
3. Mutu perdebatan semakin meningkat dalam pertandingan debat seperti ini terutama dalam kalangan penuntut IPT yang mula bertapak sekitar 3 - 6 tahun belakangan ini. Penguasaan IPT yang sudah ternama menjuarai serta hebat dalam pelbagai pertandingan debat yang dikelolakan oleh MADUM seperti contoh UIA, UM, UTM, USM, UKM dan UPM (sekadar menyebut beberapa nama IPT yang tersohor dalam pertandingan debat) makin tergugat dengan penampilan IPT yang baru muncul di seluruh Malaysia.
4. Namun sedikit rasa agak terkilan juga (tapi dalam tahap terkawal), kebanyakan penuntut IPT yang menyertai pertandingan ini banyak juga dalam kalangan 'lelaki lembut @ lelaki lemah lembut'. Tapi jangan terkejut melihat dan mendengar 'mereka' berhujah sama ada mereka itu pihak kerajaan atau pembangkang dalam usaha mempertahankan isi hujahan yang dilontarkan... hebat! tetapi 'lenggok dan tutur kata mereka' kadang-kadang merimaskan dan membuat para hakim tersenyum kecil sesekali...
5. Saya mula terlibat sebagai hakim debat ini sejak tahun 2005 dalam pelbagai jenis pertandingan antaranya alam sekitar, kepenggunaan dan debat citra daksina. Lantas teringat Pertandingan Debat Citra Daksina yang diusahakan oleh DBPWS sendiri ketika Cik Hasrina Baharum mengetuai program bahasa. Pertandingan Debat Citra Daksina ini khusus buat IPT dan Maktab Perguruan di negeri Johor dan Melaka. Sempat Hasrina melaksanakan dua kali pertandingan pada tahun 2005 dan 2006. Namun kini semacam berkubur sejak tahun 2007, ya... peruntukan semakin mengecil menyebabkan pertandingan ini terhenti seketika atau mungkin...
3 ulasan:
En.Rusdi,
Ramai yg maklum akan hal ini. Namun golongan ini jarang-jarang mencetuskan huru-hara sosial di Msia. Kebanyakan mereka berjaya dlm hidup. Di IPT juga mereka sgt cemerlang dlm pelajaran. Tapi, secara peribadi, saya tidak suka sama sekali anasir ini (lelaki lembut).
*Sudahlah kaum lelaki semakin kurang di IPT, yg ada pula 'lemah lembut' lagaknya.
Kih 2x. Moga semuanya terkawal. Usah ikutkan nafsu, sudahlah lembut, lesu sampai menitiskan susu. ZUL.
Azura,
Golongan ini manusia baik berbanding 'lelaki gagah @ kuat (kononnya..)' yang punyai kuasa besar yang teguh dalam retorik 1 Malaysia...?
Anonymous (ZUL),
Alhamdulillah semuanya terkawal adanya. Terima kasih mengirimkan komen.
Catat Ulasan