Khamis, Mei 28, 2009

SUNGGUH GEMBIRA DAN AMAT PUAS HATI..... RIAK MAN U TERCALAR BESAR!





1. Sungguh gembira dan puas hati serta teruja kerana Manchester United @ Man U (kelab yang penuh keangkuhan dan keegoaan) tumpas akhirnya dalam merebut kejuaraan Champions League pagi ini. Man U tewas 2 - 0 kepada Barcelona melalui jaringan minit ke-10 dan minit ke-70 oleh Eto'o dan Messi. TAHNIAH BESAR BUAT BARCELONA KERANA MENGAJAR MAN U ERTI SIKAP RENDAH DIRI DAN JANGAN TERLALU MUDAH CAKAP BESAR...!

2. Man U tampak garang dalam 15 minit pertama, namun mulai kendur serta sesekali mudah 'dipermainkan' oleh pemain Barcelona yang pantas serta mempunyai kawalan dan hantaran bola yang kemas. Walaupun nampaknya Henry kurang menyengat selaku penyerang Barcelona tetapi kepantasan gandingan Eto'o - Iniesta - Messi cukup membuat pertahanan Man U yang kononnya amat kebal terdiri daripada Ferdinand - Vidic lelah dan kalah dalam kepenatan, apatah lagi Edwin Van Der Sar (penjaga gol Man U) banyak bernasib baik menyelamatkan bola yang hampir menerjah jaring Man U. Jika dilihat sepatutnya Barcelona sepatutnya menang 4 - 0 namun nasib tidak menyebelahi Barcelona.

3. Pada tahun ini Man U selayaknya mampu juara dalam pertandingan yang melibatkan kelab-kelab di England sahaja. Hasrat penuh angkuh dan sombong Man U untuk merangkul lima piala dalam musim 2008-2009 ini tidak kesampaian. Man U gagal meraih juara untuk Piala FA England (setakat separuh akhir) dan terkini gagal dalam kelemasan menyaingi Barcelona untuk merebut Champions League. Namun tahniah juga buat Man U kerana menjuarai English Premier League (EPL); itupun kerana Liverpool dan Chelsea punyai masalah dalaman tersendiri dalam baki separuh musim iaitu bermula Januari - Mei 2009!

4. Ura-ura Ronaldo bakal ke Real Madrid (sebuah lagi kelab mewah yang penuh ego dan riak tetapi tidak memenangi sebarang piala musim ini) musim hadapan (2009-2010) semakin kencang atas tewasnya Man U ini...? Sama-sama ditunggu musim baharu dalam EPL dan Champions League serta dalam pertandingan lain yang bakal bermula Ogos 2009 nanti.
5. Namun buat peminat bola sepak, jangan dilupa bahawa dalam bulan Jun - Ogos ini juga giat dan hebat untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2010 dalam semua peringkat zon iaitu zon Eropah, Amerika Selatan, CONCACAF, Afrika dan Asia! Perlawanan kelayakan ini juga menuju ke penghujung untuk menentukan sebanyak 31 pasukan yang layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti.

7 ulasan:

Ameen Homestay berkata...

Salam..:)
1. Mengangankan 5 trofi bukan 1 keangkuhan. Ia adalah cita-cita di samping tidak memperlekehkan lawan ( kecuali evra yg sengal mulutnya menghina arsenal sbg budak2 :) ). Bagaimana pula dgn Barca yg mengangankan treble sebelum final ? Angkuhkah ?

2. Mahu kira angkuh, Chelsea di zaman Mourinho lebih angkuh. Rafa Benitez pun sudah pandai angkuh akhir2 ini. Tidak mengiktiraf Sir Alex sbg manager yg bagus. Ye, MU mmg x hebat cuma rafa belum cukup hebat utk menjuarai liga. Sudah 2 thn pulang kosong ke anfield. Piala Carling Cup ( 3rd class ) pun x mampu nak julang. Setidaknya akui la kemampuan org lain :)

4. Kalah menang biasa aje..Alex admit it, we beaten by the better team. ( Kalau rafa jgn harap nak cakap mcm tuh ! )

5. Salute for barca for the treble. Congrats !

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra. Pakcu,
1. Berbanyak terima kasih atas kunjungan dan meninggalkan lomen dalam blog rarws.blogspot.com yang kerdil sahaja sifatnya.
2. Memang benar 'mengangankan 5 trofi bukan 1 keangkuhan. Ia adalah cita-cita,' namun saya terusik pabila membaca liputan dan ulasan dalam pelbagai media selama ini. Man U tidak angkuh kerana Man U mampu dengan wang besar, namun media yang membuatkan pembaca rasa Man U angkuh.
3. Sememangnya 'angkuh' dalam bola sepak ini sejak dahulu lagi tidak kira tahun 70-an hingga kini pun, namun 'angkuh' kini amat mudah dirasai pabila pelbagai media melaporkan pelbagai berita yang disensasikan.
4. Apa-apaun Sdra. Pakcu, salam perkenalan kerana minat untuk menulis dalam blog tentang kisah-kisah dan rasa hati terhadap bola sepak, mungkin kita dapat lagi berkongsi fahaman dan minda tentang hal bola sepak ini seterusnya melalui blog atau media lain.

Terima kasih.

Zaid Akhtar berkata...

Liverpool dan Barca memang 'better team' daripada MU dan Real. Kedua-duanya sudah dibelasah dan diaibkan di gelanggsang sendiri.
Bukan sikit, Pool bagi 4-0 dan 4-1. Barca lak bagi 6-2 dan 2-0 (sambil memperbudak-budakkan MU).

Alex tu dah nyanyuk. 45 juta diletakkannya di bangku simpanan untuk separuh masa pertama. Ronaldo pun pelik apahal dia kena main striker.

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

re- sekadar minat sahaja MU. Kalah menang tidak mengapa. Yg penting berjuang. Jersi MU sering dipakai oleh anak-anak.

Ameen Homestay berkata...

Haha..emo sungguh mr. Rafa.
1. Nak kira siapa hebat, sampai kiamat tak abis.
2. Hebat sangat ke Pool tu ? 4 tahun berusaha baru dapat tewaskan MU. Hehe. Kiranya setahun utk sebijik gol gitu. Insya Allah, anda akan menang double ke atas MU 2013 nanti :)

3. Seperti sebelum ini saya akui Pool hebat, tapi masih belum cukup hebat utk mengungguli BPL. U r better but not the BEST :. Hebat2 Pool pun berapa bijik ye kena balun dek Chelsea? kat Anfield plak tu..:)http://mypakcu.blogspot.com/2009/04/jangan-takbur-kapten-liver-fool-pool.html

4. MU & Pool sama2 18x juara. So, eloklah sama2 menghormati. Jumpa lagi di BPL next season. Are u ready Rafa ? Jgn wat silap lgi ye, nanti kempunan !

Ameen Homestay berkata...

Opps sebelum terlupa. Terima kasih kepada Tuan. Blog kerana menyiarkan komen saya. Slaam perkenalan jua. Ada masa boleh bertemu. Minum2 di Kedai mamak Bdr. Baru Uda yg berskrin besar tu :)

Tanpa Nama berkata...

TUNGGU LA LIVERPOOL MENGGANAS NEXT SEASON. EPL AKAN DIJULANG DI ANFIELD.

NAK MERANGKUL LIGA JUARA-JUARA BERTURUT-TURUT KONON! LAST-LAST KENA 2 BIJIK. HIDUP BARCE! TAHNIAH KERANA MENGALAHKAN MU