Konsert Search Di Awan Biru pada 9 Mei 2009 di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru merupakan konsert jelajah Search yang kedua selepas berlangsung di Pulau Pinang. Pada pengamatan saya jumlah penonton dalam lingkungan 10,000 - 12,000 orang. Foto amatur yang diambil sendiri oleh saya (kamera digital murah sahaja) merakamkan sisi lain konsert tersebut. Foto amatur yang seadanya ini diambil sambil menunggu WITRA untuk bersama-sama beliau masuk ke dalam stadium.
Paparan foto di luar stadium - penonton membeli tiket, penonton menunggu masuk ke dalam stadium, trak peralatan konsert, dan bas khas konsert ini yang membawa ahli kumpulan Search. Ketika hendak masuk ke dalam stadium saya diminta meninggalkan kamera (walaupun kamera digital murah sahaja) di kaunter pintu masuk!
BERSAMBUNG - UNTUK KISAH DAN CORETAN LAIN ANTARANYA TENTANG KEHEBATAN DAN KEKURANGAN PERSEMBAHAN, LAGU-LAGU YANG DISAMPAIKAN, SISTEM BUNYI DAN LAIN-LAIN...
1 ulasan:
Salam RAR,
Masih tidak terlewat untuk mengulas konsert Search hari itu. Saya beranggapan konsert itu kurang menghiburkan berbanding dengan konsert Search Selepas Banjir. Pertama, yang paling penting ialah mutu bunyi (sound system) kurang mencengkam. Tetapi, konsert itu oklah, untuk melepaskan gian otai! Saya tak berapa berkenan dengan Nordin (Selepas Banjir - gitaris keduanya Joe Wings) yg banyak kali tukar gitar dan tidak membantu Hillary ketika persembahan. Nasib baiklah, Hillary power. Kalau tidak, tenggelamlah plucking dan streaming gitar yang menggegar. Yazid, masih power dengan ketukan yang mantap. Nasir, biasalah. Dia bukannya rockers sangat. Kalau gitar bass Febians, lainlah cerita. Amy, dalam usia 50-an, macam baru release Cinta Buatan Malaysia pulak! Yang paling memboringkan apabila dua ekor pengantin naik ke pentas. Macamlah kita bayar RM58 nak tengok dua ekoq tu! Buat semak je! Tapi, secara keseluruhan, Search tetap unggul...Ada lagi band seperti Search?
Catat Ulasan