Khamis, Mei 07, 2009

BOLA SEPAK: BERPADU SEMUA EMOSI

1. Semua emosi terserlah dalam menyaksikan perlawanan bola sepak; emosi gembira, suka, riang, marah, sedih, kecewa dan sebagainya terluah terutamanya dalam menyaksikan sesebuah perlawanan melibatkan pasukan yang diminati dan disanjung.
2. Menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Champions League iaitu Chelsea bertemu Barcelona di Stamford Bridge semalam melalui televisyen rangkaian Astro 812 cukup dan penuh emosi yang bercampur baur itu, emosi dalam beberapa keadaan silih berganti! Seperti kata pengulas perlawanan, suatu 'Pengalaman Fantastik' (fantastic experience).
3. Chelsea mendahului 1-0 minit ke-9 melalui jaringan cantik Essein; permainan Barcelona kurang menyengat sepanjang 90 minit perlawanan. Chelsea bermain baik dalam mengawal kepantasan pemain Barcelona terutama gandingan gerakan Messi-Eto'o-Iniesta serta mempunyai beberapa peluang yang paling hampir untuk menambahkan gol.
4. Pada minit ke-93 (selama 4 minit masa kecemasan diberikan pengadil), Chelsea tersentak dengan jaringan Iniesta - kedudukan 1-1, kelebihan kepada Barcelona kerana perlu seri sahaja untuk layak secara agregat ke akhir (jaringan gol di tempat lawan). Tinggal beberapa saat sebelum minit ke-94, Chelsea pantas menyerang, bola jelas terkena tangan pertahanan Barcelona dalam kotak penalti... namun PENGADIL TIDAK MEMBERIKAN TENDANGAN PENALTI KEPADA CHELSEA! Emosi bertambah 'panas dan ganas' dalam hati!
5. Pemain Chelsea marah dan hampir bertindak 'sesuatu' terhadap pengadil sebagai tanda protes antaranya yang terawal Ballack. Permainan tamat, namun pemain, penyokong dan pegawai Chelsea terus memprotes. Terlihat Drogba serta beberapa pemain menerpa ke arah pengadil yang dikawal ketat oleh petugas perlawanan sambil menyatakan sesuatu dalam reaksi marah dan tidak puas hati.
6. Sepanjang 94 minit perlawanan, Chelsea sepatutnya memperoleh 4 sepakan penalti dalam 4 insiden kekasaran @ terkena tangan pemain (2 insiden daripadanya amat jelas boleh diberikan sepakan penalti). Pengadil mencetuskan kontroversi hebat dalam perlawanan ini.
7. Menurut laporan berita bola sepak Eropah, pemain dan pegawai Chelsea khasnya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan termasuk Hiddink (pengurus sementara) dan John Terry (kapten). Sungguh buruk dan teruk pengendalian perlawanan oleh pengadil Norway yang dikatakan kurang pengalaman dalam sesuatu perlawanan yang berklasifikasi 'penting dan 5 bintang' seperti semalam.
8. Saya bersama dua anak yang menyaksikan perlawanan itu juga amat kecewa... bukan kerana semata-mata kami penyokong dan peminat Chelsea kerana Barcelona juga dalam 5 pasukan yang kami minat di Eropah; tetapi melihat cara pengadil itu membuat beberapa tindakan yang 'tidak bijak', salah satunya memberikan kad merah kepada pemain Barcelona iaitu Abidal kerana menolak Anelka!
9. Tahniah Barcelona kerana berjaya ke akhir Champions League! Tahniah juga Barcelona kerana membelasah pasukan penuh ego iaitu Real Madrid 6-2 di stadium Real Madrid dalam La Liga Sepanyol minggu lepas.
10. BARCELONA TERUSKAN USAHA, TUMBANGKANLAH SEBUAH LAGI KELAB PENUH EGO DAN RIAK IAITU MANCHESTER UNITED DALAM PERLAWANAN AKHIR DI ROME PADA 27 MEI 2009 INI!

3 ulasan:

zaid berkata...

Sabo je la ye, RAR dan anak-anak.
hehehe.
Memang elok le Barca ke final. Tak mau tonton ulangan tahun lepas.

Barca mesti musnahkan MU!

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Wah, semangat perjuangan harmoni betul!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
Rasa penuh emosi yang bercampur baur dalam menonton bola sepak secara langsung (melalui TV atau stadium) itu sudah lumrah. Harapan besar agar Man U tidak menang EPL dan Champions League kerana jika menang Man U akan bertambah besar ego dan riaknya... hehehe...

Cikgu Azhar,
SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI ini akan terus bersama dalam diri... bola sepak itu juga satu seni indah yang penuh resah, gelisah, dan riang menguasai diri.