(Foto: Sebahagian peserta dan sebahagian aksi penceramah tunggal...)
1. Bengkel Penulisan Kreatif Guru-Guru Daerah Kluang merupakan anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS), Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang (PPD Kluang) telah diadakan pada 20 Mei 2009 di SK Kluang Barat, Kluang, Johor.
2. Atas usaha dan komitmen penuh Cikgu Hamzah Hamdan, Pegawai Pendidikan Khas PPD Kluang, maka bengkel ini telah berjaya dilaksanakan. Berbanyak terima Cikgu Hamzah Hamdan dan urus setia dalam kalangan guru daerah Kluang atas terlaksananya bengkel kecil ini tetapi besar manfaatnya buat para peserta yang terdiri daripada guru sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kluang. Terima kasih atas usaha menyediakan baju T (T-shirt) yang istimewa sulamannya buat saya dan penceramah.
3. Bengkel ini menumpukan khusus terhadap penulisan cerpen, disampaikan ilmu dan teknik penulisannya dengan penuh semangat dan berhikmah oleh CIKGU AZHAR SALLEH (Munsyi Dewan DBP - Ahli PPJ - Guru SK Taman Johor Jaya 3, Pasir Gudang) selaku penceramah tunggal. Dalam masa terhad (bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang), Cikgu Azhar Salleh sedaya mungkin mencurahkan pelbagai ilmu dan panduan berdasarkan ilmu yang dimilikinya selama ini buat para guru daerah Kluang ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Azhar Salleh atas khidmat dan kesungguhan dalam membimbing para guru ini untuk giat menulis karya kreatif khasnya karya cerpen.
2 ulasan:
Salam RAR,
Terima kasih daripada saya kerana memberikan peluang keemasan ini utk bertemu dgn guru-guru daerah Kluang. Saya begitu teruja semasa berceramah di situ kerana mendapat sokongan, dukungan, dan pastinya baju T yang disulam nama AZHAR. (Terima kasih Cikgu Hamzah atas komitmen dan kesungguhan!). Mudah-mudahan bengkel ini akan mendatangkan manfaat kepada peserta sekalian. Dan kepada RAR, teruskan perjuangan memartabatkan seni sastera dan penulisan di wilayah daksina!
Salam.
Banyak kegiatan sastera. tahniah.
Terima kasih kerana memberi kesempatan kpd saya utk mengikuti kegiatan PPMN di Melaka tempoh hari. Dapat berjumpa rakan-rakan di sana di samping mendengar penulis muda menghuraikan pandangan mereka. Meminjam kata Tuan Hj, Sapiai- saya bukanlah penulis tetapi hanya seorang yang meminati bidang penulisan.
Catat Ulasan