Selasa, Disember 27, 2011
CUTI-CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN 2011 (iii)
CUTI-CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN 2011 (ii)
CUTI-CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN 2011 (i)
Rabu, November 16, 2011
KECEWA HATI BERLARUTAN BERTAMBAH...?
KECEWA HATI PERASAAN SERTA MINDA KEKAL BERLARUTAN BERTAMBAH...
Suatu ketika beberapa tempoh yang lalu pernah dilayangkan dan dikenakan 'kata-kata teguran keras' dalam urusan hakiki rasmi dan tidak rasmi tanpa alasan kuat dan kukuh yang mengejutkan hati dan minda serta tidak disangka sama sekali.
Bertambah sedikit demi sedikit pabila mula sedari bahawa sebelah pihak sahaja bersungguh-sungguh membantu dengan kadar termampu dalam urusan hakiki rasmi dan tidak rasmi. Kesungguhan dalam pelbagai cabang dan sentuhan ini kadang kalanya semacam tiada apa-apa yang harus dimuliakan... ya, sekurang-kurang atau sekecil-kecil atau sedaif-daif....? (bukanlah mengharapkan balasan apa-apa tapi seperti kurangnya nilai insaniah jiwa dan minda yang melanda)
Bertambah juga sedikit demi sedikit baru disedari sejak 1-2 bulan belakangan ini dalam urusan hakiki rasmi dan tidak rasmi bahawa benarlah kata-kata "indah khabar daripada rupa" dalam beberapa tindakan yang boleh ditafsir (maaf jika tafsiran ini negatif, meleset serta tidak benar
Apa-apapun kecewa ini tidak harus dijadikan penghalang untuk mengekalkan apa-apa yang ada kini, motivasi jiwa dan fizikal harus terus kukuh, makanya harus terus hidup serta ketepikan dan tinggalkan sahaja hal-hal berkait dan libatkan orangnya...?
Hidup ini sebelum 'hadirnya itu' berjalan lancar ikut rutin yang aman dan cabaran yang mampu diatasi dengan izin-Nya. Sedarilah bahawa seseorang itu tidak sama cara dan tindakannya dalam menghargai insan dan bersifat insaniah...
Kecewa ini merupakan luahan kecewa terhadap hal-hal berkaitan sikap dan kesungguhan...
HIDUP HARUS DITERUSKAN DENGAN KUAT DAN TABAH SEPERTI SEBELUM 'HADIRNYA ITU'...!Isnin, Oktober 24, 2011
BBK 2011 JOHOR - SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN GAPENA - DBPWS
Program Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-54 Peringkat Saringan Zon Selatan (Johor dan Melaka) anjuran GAPENA dengan kerjasama DBPWS di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru pada 15 Oktober 2011 (10.15 pagi - 2.30 petang), program ini juga diadakan sempena BBK 2011 Negeri Johor.PERSEMBAHAN KOKURIKULUM UTM
Pada 7 Oktober 2011 berkesempatan hadir (kehadiran wajib selaku Tenaga Pengajar) menyaksikan pementasan teater berjudul "Lonjakan Transform" sempena Malam Cabaran Minda Kanan anjuran Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum UTM. Pementasan ini dijayakan oleh para pelajar UTM yang mengambil Teras Kebudayaan termasuk pelajar yang mengambil Teras Kesukarelawanan dalam kelas kokurikulum. Sebuah pementasan yang boleh dibanggakan kerana hasil pelajar yang agak terhad masa dan upaya tenaga produksinya yang diusahakan Tn. Hj. Ahmad Ramlee Salikon (tenaga pengajar utama teater kokurikulum UTM) dan skrip oleh Rahimah Muda Jb.
BBK 2011 JOHOR - MALAM SEMARAK BAHASA DAN SASTERA DARUL TA'ZIM
Program Malam Semarak Bahasa dan Sastera Darul Ta'zim sempena BBK 2011 Negeri Johor anjuran bersama PPJ, IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) dan DBPWS di Dewan Seri Budiman IPGKTHO, Batu Pahat, Johor pada 1 Oktober 2011 (9 malam - 11 malam). Program ini dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Sebelumnya pada siang hari diadakan Bengkel Penulisan dan Ziarah Bahasa dan Sastera di Batu Pahat.
BBK 2011 MELAKA - BICARA KARYA SASTERA NEGERI MELAKA

Sabtu, September 17, 2011
SYUKUR BESAR KEPADA-NYA; DIRI INI KERDIL HARUS SEDAR DIRI - 'SEMBUNYI DAN MENYENDIRI'!
KCB - OVJ : PAKEJ AGAK BERKESAN BINTANG DAN PELANGI
Komedi Bersahaja dan Spontan 'Opera Van Java'