Sabtu, September 17, 2011

SYUKUR BESAR KEPADA-NYA; DIRI INI KERDIL HARUS SEDAR DIRI - 'SEMBUNYI DAN MENYENDIRI'!

(Syukur besar kepada-Nya; hal ini tidaklah perlu sangat dihebahkan dan dihebohkan secara meluas kepada umum, biarlah umum mengetahui dalam keadaan yang semula jadi sifatnya kerana sifat rendah diri masih menebal dalam keadaan sedar diri sendiri yang masih kerdil sumbangan hakiki ini...)

___________________________________________


Secara tiba-tiba dipanggil ke Kuala Lumpur pada 15 September 2011 (Khamis) lalu. Pertamanya dan seunggulnya bersyukur besar atas kurnia-Nya itu atas hal ini, ya... hanya hati ini yang tahu penyerahan tanda syukur kepada-Nya.

Seterusnya hati ini tekad untuk 'sembunyi dan menyendiri' buat seketika yang tiada had tempoh yang ditetapkan sendiri untuk 'bersembunyi dan bersendiri', hanya 2 insan luar organisasi yang diri ini hubungi untuk khabarkan hal ini, yang pada diri ini hanya menganggap hal ini "tahap biasa-biasa sahaja" iaitu dikhabarkan kepada Cikgu Azhar Salleh dan Cikgu Amiruddin Ali; ya... dua insan istimewa ini yang banyak berjasa penuh besar dalam tempoh dasawarsa ini yang berkait hakiki organisasi, namun hakikatnya puluhan insan luar organisasi yang banyak berjasa besar dalam tempoh dasawarsa ini diri ini langsung tidak akan melupakannya...

Diri ini ambil pendirian bahawa hal ini tidak perlu dihebahkan dan dihebohkan sangat melalui pelbagai alat komunikasi yang ada kini kerana hal ini tetap berstatus "tahap biasa-biasa sahaja". Apalah sangat untuk dihebahkan hal ini kerana keutamaan yang satu dan perdana sifatnya wajib penuh syukur kepada-Nya dahulu. Dalam hal ini harus diri sendiri perteguhkan dengan tekad semangat untuk mengekal serta menambahkan komitmen dan momentum diri sendiri dalam konteks hakiki organisasi.

Hal ini sebenarnya bagi diri ini hanya permulaan langkah kecil untuk ke arah langkah yang lebih utama buat masa terdekat lalu seterusnya langkah masa panjang. Tempoh dasawarsa yang telah dilalui sebenarnya masih agak kecil sumbangan diri ini kerana ada beberapa perkara yang belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh, lalu diri ini tetap merendah diri secara dalaman hati dan secara fizikal agar diri ini tidaklah meraih sifat-sifat yang rasa-rasanya harus sentiasa dihindari itu. Masih banyak kekurangan diri ini yang kadang kalanya tidak termampu menjangkau hasilnya...

Mohon kepada-Nya agar diri ini terus rendah diri serta sedar diri akan upaya diri sendiri yang ada kini... biarlah hal ini terjadi secara semula jadi tanpa perlu berusaha keras untuk menghebahkan dan menghebohkannya; biarlah diri ini berkongsi 'hal ini' kepada hanya buat beberapa teman luar organisasi sahaja (cukup mungkin sekadar 3-4 teman luar organisasi sahaja); ya... berharap kepada-Nya agar kekal dengan sifat 'sembunyi dan menyendiri' yang menguasai diri ini kini.

6 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Salam RAR,
Tahniah. saya percaya RAR beroleh sesuatu yang menggembirakan di KL seperti mana kawan-kawan seDBP lain.

Saya tidak risau jika RAR bersembunyi, tetapi sangat risau jika RAR pergi meninggalkan bumi daksina ini.

Azhar Salleh berkata...

RAR,
Gua senada dgn Zaid...tuan hamba hendak sembunyi, sembunyilah kerana itu lagu Wings...tetapi kalau tuan hamba meninggalkan kami di daksina, hamba tidak akan berkaraoke lagi dgn tuan hamba, malahan hamba tidak mahu lagi berjumpa tuan hamba...kalau tuan hamba mahu pergi juga, kau pergi kerana itu lagu Search, tetapi ingat bahawa kami tidak rela kerana itu lagu Inka Christie...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
RAR kena ambil pendekatan 'sembunyi dan menyendiri' lalu meneruskan sikap rendah diri dan sedar diri buat masa ini., namun apa-apapun seterusnya berlaku selepas ini maka RAR akan maklumkan juga dalam keadaan penuh berhikmah walaupun dalam waktu 'Malam Gelisah'.
Hehehe...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu AS,
'Dari Kaca Mata' RAR terpaksa pertahankan 'Sendiri' atas sifat sedar diri dalam sembunyi diri.
'Dalam Kembara' berpasak 'Janji Ilahi' meneruskan 'Pelayaran' bertemakan 'Hakikat Perjuangan' walaupun dicalar 'Grafiti'.
Apa-apapun 'Cintamu Mekar di Hati' disulam 'Cintaku Sewangi Kasih'.
Hehehe....
(apa-apapun ada sesuatu yang harus RAR besemuka dengan AS ya...)

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Apa pun tahniah daripada saya. Saya memang tidak tahu apa-apa perkembangan terkini tentang pergerakan tuan. Cuma dalam perbualan sebelum ini ada dinyatakan ada kemungkinan akan bertukar suasana kerja. Saya harap tuan akan sentiasa berjaya dalam kerjaya yang nampaknya memang tuan minati itu.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Hj. Shapiai,
Terima kasih atas kunjungan ke blog ini lalu menitipkan kata.
Saya ambil pendekatan 'sembunyi dan sedar diri' akan hal ini kerana tiada apa-apa istimewanya untuk dihebohkan kepada ramai.
Saya juga ada sikit 'rasa kurang senang dan tersentuh' secara dalaman yang menyebabkan saya bertambah-tambah untuk sembunyi lalu terima seadanya.