Bermula 1 Ogos 2011 / 1 Ramadan 1423H sehingga 29 Ogos 2011 / 29 Ramadan 1432H secara penuh disiplin menghitung satu perkara; biasanya 'D' akan habis dalam dua hari tapi dalam tempoh hitungan 29 hari itu hanya 4 'D' dihabiskan, hal ini juga sesuatu rahmat besar Ramadan namun terfikir mampukah dikekalkan hitungan positif itu atau kembali kepada tahap asal...? 'D' ini tahun demi tahun sentiasa meningkat harganya, mungkin 'D' serta yang sewaktu dengannya bakal naik lagi bulan Oktober nanti?
Hakikatnya sejak dahulu tidak pernah bertukar 'D' ini dengan nama-nama yang lain sama ada 'M' atau 'S' atau 'GG' atau 'BH' atau yang lain-lain. 'D' memang unggul, pernah suatu ketika menguasai arena bola sepak tempatan bertahun lamanya...
2 ulasan:
Saya tahu apa D itu, RAR.
Hehehe. Tahniah.
Kerana agak lama mengenali RAR walaupun jarang-jarang berjumpa, saya dapat meneka.
Moga diberi kesihatan terbaik.
:-)
Cikgu Zaid,
Tegar dalam hal 'D' ini sebenarnya banyak cara boleh dikurangkan namun untuk berhenti terus perlukan sesuatu yang luar biasa juga... hehehe....
Catat Ulasan