Sabtu, Oktober 30, 2010

TEATER MJ - BBK 2010 JOHOR: REAKSI POSITIF DAN NEGATIF...

Sebahagian penonton umum yang menyaksikan teater MJ.

'Pertarungan' Edward dengan Ana Fatimah.

Konflik dalam menyelesaikan masalah bahasa...

'Ungku Rahman Andak' dan 'Mohd Ibrahim Munsyi' dilakonkan oleh Ali Nasar Abdat dan Shamsul Akmal.

Cinta Ana Fatimah - Amir Hamzah (lakonan Noor Hidayah dan Zul Effendy).
Pementasan yang pertama teater 'Menara Jiwa' (MJ) diadakan pada 29 Oktober 2010 (Jumaat) pukul 8.45 malam di Auditorium JOTIC, Johor Bahru. Kehadiran penonton sekitar seramai 320 orang (auditorium boleh memuatkan seramai semaksimum kerusinya berjumlah 350 penonton). Pementasan pertama MJ yang diadakan hampir 90% lengkap sepenuhnya terutamanya melibatkan hal-hal lakonan, teknikal audio dan sistem pencahayaan. Para pelakon juga yakin mengeluarkan tenaga semaksimum yang sebaik mungkin. Pementasan ini berlangsung selama 1 jam 20 minit. Riak wajah Pengarah MJ, Sahruddin Manas juga nampaknya ceria berbanding ketika raptai.

Komen Positif dan Komen Negatif
Komen positif yang diperoleh daripada para penonton umum (maksud: penonton umum yang majoritinya sekitar 90%, selebihnya 10% penonton yang bertaraf dan berstatus 'handal dan pakar' dalam pelbagai seni dan teori teater) yang menyaksikan teater ini juga menambahkan keyakinan buat tenaga produksi. Ada juga komen yang 'negatif' khususnya sebahagian daripada penonton yang bertaraf dan berstatus 'handal dan pakar' dalam pelbagai seni teater; namun komen 'negatif dan positif' itu merupakan pelengkap yang baik serta profesional dalam sesebuah pementasan pelbagai jenis aliran teater.
Rasa-rasanya tiada satu teater di Malaysia ini yang pernah menerima komen positif 100% dan komen negatif 100%; pasti ada pihak yang berpuas hati dan ada pihak yang memandang sesebuah pementasan itu tidak menepati 'konsep itu dan ini'?
Inilah lumrah dalam pementasan sesebuah teater serta berbicara soal teater yang bersifat subjektif dan pelbagai aliran yang bertaraf subjektif dalam pegangan masing-masing. Satu hal lagi; upaya mementaskan sesebuah pementasan teater juga banyak bergantung kepada biayanya, jika biaya yang kecil dan terhad maka pelbagai kekangan akan muncul tetapi demi mementaskan sesebuah teater seadanya mampu dilakukan.
Sedayanya mampu membikinkan pementasan demi mesej dan perkhabaran serta maklumat berilmu buat penonton yang majoritinya kategori 'penonton umum', itulah ingin yang disampaikan buat semua...
Terima kasih seribu penghargaan buat semua yang hadir menyaksikan pementasan pertama MJ ini tidak kiralah sama ada tuan-tuan dan puan-puan merupakan penonton umum atau penonton berilmu 'handal dan pakar'; kehadiran anda semua sebenarnya membangkitkan letusan positif terhadap pementasan MJ ini. Kami semua tenaga produksi MJ menerima dan menyerap segala hal positif dan negatif demi seadanya mampu memajukan dan menyemarakkan pementasan teater di negeri Johor walaupun biayanya kecil dan terhad. TERIMA KASIH...

3 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Bro RAR,
Biasanya, dalam hal komen negatif, ada dua matlamat; (1) ingin menyatakan bahawa ada orang lebih baik; (2)ingin menyatakan bahawa ada orang lebih buruk. Gua rasa, yang paling utama ialah; Apabila isteri dan anak-anak gua asyik berbual dan bercakap tentang teater yg ditonton itu di dalam kereta sambil memberikan ulasan dan anak-anak gua bertanya itu dan ini, dan isteri gua berulang-ulang kali bertanya, masih adakah teater sebegini dalam tempoh terdekat, dan terpancar kepuasan menontonnya. Pada gua, itu yang lebih utama kerana tidak ada gunanya, sebuah pementasan yg dibuat utk golongan kebanyakan, tetapi mereka (yg 90%) itu pulang dengan kemusykilan, keraguan, dan kehampaan. Dalam bajet yang sangat terbatas, MJ merupakan naskhah yang hebat dan membanggakan kami (dibaca: 90% golongan marhaen)!

Azhar Salleh berkata...

Tambahan:
Saya tidak perlu memuji atau membodek sesiapa kerana saya tahu diri saya siapa....

Unknown berkata...

hai, saya epol salah seorg drpd penonton teater menara jiwa semlm. Pada pendapat saya, teater MJ ialah satu teater yg sangat menarik dan telah menambat hati saya untuk menontonnya once again. Barisan pelakon yg sangat bertenaga dan dinamik telah menguatkan lagi intipati jalan cerita yg cuba diolah Pn.Rahimah Muda. Syabas saya ucapkan kepada semua.