Khamis, September 10, 2009

SEKITAR KELAYAKAN PIALA DUNIA 2010: ZON EROPAH DAN AMERIKA SELATAN - 2


ZON EROPAH BAKI 2 PERLAWANAN - SEPANYOL DAN ENGLAND LAYAK!


1. Selesai perlawanan semalam, semua pasukan telah bermain 8 perlawanan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 Zon Eropah, hanya tinggal 2 lagi perlawanan untuk setiap pasukan (kecuali pasukan dalam kumpulan 9 Eropah yang bermain hanya 9 perlawanan) yang bakal diadakan pada 10 dan 14 Oktober 2009.



2. Pasukan Belanda (juara kumpulan 9), Sepanyol (juara kumpulan 5) dan England (juara kumpulan 6) telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2010. Menanti lagi 6 pasukan Zon Eropah yang akan layak secara automatik (selaku juara kumpulan) dalam baki dua perlawanan kelayakan pada 10 dan 14 Oktober 2009 nanti. Pasukan naib juara kumpulan akan bertarung secara timbal balik untuk melengkapi 13 pasukan wakil Zon Eropah yang akan bertanding dalam Piala Dunia 2010 nanti. Formula FIFA untuk Zon Eropah ini seperti di bawah (kutipan dalam laman web fifa.com ):


Determining Europe's runners-up
When the group phase of European Zone qualifying reaches its conclusion on 14 October 2009, the nine section winners will be guaranteed a place at the 2010 FIFA World Cup South Africa™. Thereafter, the eight best runners-up will compete in two-legged play-offs, with the continent's four remaining tickets to the world finals at stake.
Group 9 consists of five teams, one less than the other pools. When calculating the best runners-up, therefore, matches played against the sixth-placed finishers in Groups 1 to 8 will not be taken into consideration. The criteria will be as follows;
- Total points- Goal difference- Goals scored- Goals scored away from home- Disciplinary record *- Drawing of lots
* Yellow card, -1 point; two yellow cards in the same match, -3 points; red card, -3 points; yellow card followed by a direct red card in the same match, -4 points.



3. Pasukan pilihan yang cemas kini untuk layak secara automatik merupakan pasukan Perancis (kumpulan 7 bersaing dengan Serbia), Portugal (kumpulan 1 bersaing dengan Denmark, Sweden dan Hungary), dan Jerman (kumpulan 4 bersaing dengan Russia). Manakala pasukan pilihan dan juara bertahan Piala Dunia iaitu Itali (pendahulu kumpulan 8 dengan 20 mata) memerlukan 3 mata daripada 2 baki perlawanan untuk layak secara automatik selaku juara kumpulan. Pesaing kumpulan 8 bersama Itali merupakan pasukan Republik Ireland (kini 16 mata).



4. Mungkinkah pasukan bukan pilihan iaitu Slovakia, Slovenia dan Ireland Utara akan layak secara automatik dengan menjuarai kumpulan 3. Sungguh mengecewakan dalam kumpulan 3 ini pabila Republik Czech (salah satu pasukan pilihan) terumbang ambing serta amat tipis untuk layak ke Piala Dunia walaupun melalui jalan perlawanan 'play-off' nanti. Rasa-rasanya Republik Czech harus tumpukan sahaja untuk Piala Eropah pada 2012 nanti.


ZON AMERIKA SELATAN: SENGIT - ARGENTINA TERUS KALAH LAGI, SEMAKIN CEMAS DAN LEMAS!


1. Brazil telah layak minggu lalu, kali ini diikuti oleh pasukan Paraguay yang mengalahkan Argentina 1 - 0. Argentina terus cemas dalam kelelahan untuk layak secara automatik dalam 4 pasukan terbaik daripada 10 pasukan Zon Amerika Selatan ini.
2. Argentina yang bermain 16 perlawanan (berbaki 2 lagi perlawanan) kini hanya mengumpul 22 mata (kedudukan ke-5) di belakang Brazil (15 perlawanan - 30 mata), Paraguay (16 perlawanan - 30 mata), Chile (15 perlawanan - 27 mata), dan Ecuador (16 perlawanan - 23 mata). Pesaing lain yang mengancam Argentina untuk layak automatik merupakan pasukan Ecuador, Uruguay dan Colombia; tiga pasukan ini mengumpul mata yang berbeza 1 - 2 mata sahaja di belakang Argentina hasil daripada 16 perlawanan.
3. Baki dua perlawanan untuk 10 pasukan Zon Amerika Selatan akan berlangsung pada 10 dan 13 Oktober 2009 nanti. Argentina kemungkinan agak tipis untuk layak secara automatik dalam 4 pasukan teratas zon ini ke Afrika Selatan. Argentina akan bertemu Peru (tempat sendiri) pada 10 Oktober 2009 dan menentang Uruguay (tempat lawan) pada 13 Oktober 2009. Kemungkinan Argentina sekadar meraih tempat ke-5 dalam kumpulan Zon Amerika Selatan ini. Mengikut format FIFA, pasukan tangga ke-5 Zon Amerika Selatan ini akan bermain 'play-off' menentang pasukan tangga ke-4 Zon Amerika Utara, Tengah dan Carribbean untuk layak ke Piala Dunia 2010.
ARGENTINA KINI CEMAS DAN LEMAS BERSAMA TOKOH BESAR DAN HEBAT BOLA SEPAK DUNIA - MARADONA!
SAMA-SAMA KITA NANTIKAN PERLAWANAN KELAYAKAN YANG BERBAKI 2 PERLAWANAN LAGI BUAT PASUKAN-PASUKAN DALAM ZON EROPAH DAN AMERIKA SELATAN INI. INGAT TARIKH 10, 13 DAN 14 OKTOBER 2009 UNTUK PENENTUAN PASUKAN DALAM DUA ZON INI YANG LAYAK SECARA AUTOMATIK KE PIALA DUNIA 2010.

3 ulasan:

Ameen Homestay berkata...

hebat main bola belum tentu hebat mengurus...( utk maradona )

tabik utk capello. tiada kekalahan sepanjang kempen kelayakan. Mclaren hnya utk kelab shja. Kat kelab pun x segagah mana. FA england je buta dek kerana dia pembantu sir alex.

portugal ? argentina ? Nazak belaka. Tapi jika mereka tiada boring gak World Cup.

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Bila menyentuh tentang bab 'Bola' ini, saya tak dapatlah nak menikmati keindahannya. Dalam setiap perlawanan mungkin ada tektik-tektik kotor seperti dalam politik. Entah ye entah tidak.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Argentina dan Portugal perlu ada dalam WC 2010 nanti kerana ramai bintangnya yang berkualiti tinggi seterusnya nilai serta hasil komersil WC 2010 akan menurun jika tiada pemain-pemain dua negara ini.

Tn. Hj.,
Bola sepak punyai seni dalaman emosi indah dan rusuh yang berselang datangnya dalam sesuatu masa. Ada taktik-taktik kotor yang direncanakan tetapi tidaklah 'sekotor' dalam politik khasnya politik 1 Malaysia...?