Isnin, September 21, 2009

PERTEMUAN JIRAN - MANCHESTER DAN LONDON

Terry bersama Keane.
Tevez bersama Ferdinand.


Dalam kesibukan menyambut hari raya, janganlah lupa tentang pertarungan English Premier Laegue (EPL). Semalam sempat menyaksikan secara penuh dua pertembungan dua jiran di dua bandar raya besar England iaitu Man U menentang Man City di Old Trafford, Man U dan Chelsea melawan Spurs di Stamford Bridge, Chelsea.


Man U Dapat 'Bonus' Pengadil Lagi...
Hebat perlawanan Man U lawan Man City sejak permulaan, akhirnya keputusan yang terus memihak kepada Man U. Michael Owen menjaringkan gol kemenangan pada minit 96, pengadil semacam memberi bonus kepada Man U pabila hingga minit ke-96 masih meneruskan perlawanan sedangkan rasa-rasanya hanya masa tambahan cuma 4 minit sahaja. Yang sedihnya juga penonton Man U tidak profesional pabila setiap kali Tevez menerima, membawa dan menendang bola, beliau akan disorak 'boo...'. Man U menewaskan Man City 4 - 3 melalui dua jaringan Fletcher, Rooney dan Owen; manakala jaringan Man City oleh dua jaringan Bellamy dan Barry. Sememangnya Man U terus memperoleh 'bonus' pengadil?

Chelsea: 6 Kali Berterusan Menang, Spurs Kalah Lagi
Spurs yang mengganas melalui empat perlawanan pertama dengan kemenangan tewas lagi buat dua perlawanan berturut-turut. Minggu lepas tewas kepada Man U, semalam tewas 0 - 3 kepada Chelsea. Pertembungan dua jiran di London ini tampak berat sebelah pabila Chelsea banyak menguasai permainan. Ini kemenangan agak besar Chelsea sepanjang 6 perlawanan lalu. Gol Chelsea dijaringkan oleh Ashley Cole, Ballack dan Drogba. Chelsea terus unggul di tempat pertama dengan 6 perlawanan, 6 kemenangan dan 18 mata penuh, di belakang sedang mengejar Man U (6 perlawanan - 15 mata), Liverpool (6 perlawanan - 12 mata), dan Man City (5 perlawanan - 12 mata).


3 ulasan:

terokai seni berkata...

aik tengah raya pon sempat layan bola lagi, salam aidil fitri maap zahir batin

Ameen Homestay berkata...

barangkali benar dpt bonus.
yg anehnya ia dtg bukan drpd mike riley ( yg dikatakan suka bg MU penalti tu ) tapi drp martin atkinson. mungkin selepas ini ramai pula yg ingin siasat latarbelakang ref tersebut :)
Ada seorang peminat MU bg tau saya " diam-diam sudah, janji menang hahaha"

apa2 pun saya kurang pasti. apakah 4 minit itu sesuai dengan keraian 3 bijik gol. dan tambahan gangguan penonton yg dikejar polis hingga ke dalam padang..dah berapa minit ditelan di situ ye..

rafa berkata...

Kemenangan keji begini biasa bagi MU.
Mereka mula-mula menang liga pd 1993 dulu pun begitu. Ref tambah sampai 7 minit.