Rabu, April 08, 2009

DISKUSI KHAS ASTRO AWANI 501 (8 - 11.30 MALAM)

1. Tepat jam 8 malam, saya mula setia menatap Astro Awani 501 (tanpa menghiraukan TV3 dan TV1) sambil melayari laman web. Tontonan dan kesetiaan saya ini sehingga jam 11.30 malam, namun berbaloi dengan keputusan 2 - 1.
2. Menunggu keputusan perlawanan itu sambil mendengar Diskusi Khas di Astro Awani yang dipengerusikan bersama oleh Suhaimi Sulaiman, Kamarul Bahrin, dan Nazri Kahar.
3. Banyak dapatan @ kutipan menarik melalui diskusi ini yang lain berbanding diskusi yang memihak ke arah satu pihak sahaja terutama ‘diskusi mengampu di TV1 dan TV3’.
4. Ketika pertandingan umum 8 Mac 2008 hingga kini saya amat suka dan tertarik dengan diskusi tentang siasah di media elektronik khasnya Astro Awani 501.
5. Perbincangan dan penyampaian hujah serta statistik yang berkesan, profesional dan rasional sifatnya secara terbuka oleh para ahli panel termasuk pengerusinya… (pengerusi dan ahli panel punya persediaan dalam bentuk data, statistik dan kajian yang baik).
6. Saya sempat menyalin kata, isi dan frasa ayat ahli panel khasnya Dr. Abu Hassan Hasbullah, Pengasas Zentrum Future Studies (beliau merupakan pensyarah saya dalam tahun 1994-96).
7. Beliau bercakap atas dasar kajian rapinya. Antara yang sempat dikongsi dalam tulisan blog ini termasuklah (saya sempat salin berdasarkan dengan fahaman dan pengertian yang terlintas segera dalam minda ketika itu):
- Politik tuduhan, ancaman, tekanan, kutukan, keganasan, murahan merupakan politik amalan lama.
- Retorik-retorik basi oleh UMNO masih berleluasa.
- Media tradisional (media perdana utama - akhbar: UM, BH / tv: TV1 / TV3) makin teruk dipinggirkan oleh golongan muda (umur 21 - 40).
- Sistem komunikasi orang muda di Bukit Gantang amat berjaya untuk kemenangan YB Nizar.
- Calon UMNO di Bukit Gantang – kosong penampilan dan pengalaman, walaupun orang tempatan tetapi ‘golongan muda tidak kenal siapa dia?’
- Abad 21 abad menguasai informasi, ramai golongan muda sudah tidak menghiraukan media arus perdana, mereka tumpu web, blog, facebook…
- Golongan muda berkuasa dalam informasi dan komunikasi.
- Proses informasi dan komunikasi berjaya digerakkan oleh PR.
- Gerak kerja kempen UMNO hanya untuk memenangi hati pengikut tegar UMNO sahaja.
- Belum sempat menonton media TV perdana, orang ramai dah tukar ‘channel’ lain kerana tidak mahu mendengar agenda-agenda retorik dan berita memihak buat satu pihak itu sahaja dalam TV tersebut.
- Media perdana ini (akhbar dan TV) tidak bersama-sama melihat perubahan dan kehendak masyarakat di luar, media ini harus berubah kandungan penyampaiannya.
- Selagi media ini tidak berubah maka golongan muda akan terus menentang.
- Media ini media komunikasi yang primitif. Media ini harus cepat berubah.
- Di Bukit Selambau, pertembungan golongan elit dengan golongan bawahan, satu perkara yang amat menarik.
- Gerakan massa (kuasa rakyat) menggerakkan banyak perubahan di dunia ini.
- Tentang PPSMI walau kesannya kecil di Bukit Gantang, namun UMNO seperti tidak menghiraukannya.
Akhirnya:
a. Saya amat bersetuju dengan pendapat bahawa jika media perdana (akhbar dan TV) masih bergerak dan bertindak seperti dahulu (sejak 10-15 tahun lalu) serta berterusan kini, maka rakyat akan terus membencinya. Saya lihat dan kaji bahawa media ini tidak berubah langsung selepas 8 Mac 2008… masih begitu juga caranya, kenapa?
b. Saya bertanya diri sendiri, adakah pengikut dan pendukung tegar parti besar orang Melayu menonton dan mendengarnya? Jika ada, apakah mereka mahu berubah (sebelum mereka rebah!)?

2 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Rusdi,
Saya tertarik dengan komen seorang penonton yang mengulas keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau itu. Katanya, pengundi-pengundinya cerdik cuma tidak bijak semasa mengundi. Apa pendapat Rusdi?

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Hj.,
Dalam maksud Tn. Hj. itu... Namun bagi saya semua pengundi cerdik dan bijak sekarang, pengundi bebas untuk mengundi sama ada untuk parti A atau parti B. Pengundi kini telah banyak transformasi serta lebih bijak menilai. Cuma yang hairan... buat, kata dan taburkan apa-apa sahaja tetapi pengundi tetap memilih pihak yang 'teraniaya', kenapa? itulah antara golongan pengundi yang cerdik...