Hari ini perasaan bercampur-campur (semacam naik turun saham pula...). Temu janji kali keempat yang ditetapkan ini tidak diingkari malah seawal pukul 7.30 pagi sudah berada di situ. Sudah menjadi kebiasaan pabila berada di situ; setidak-tidaknya sudah tahu tempoh yang bakal dilalui ketika menjalani pemeriksaan dari bilik A ke bilik B dan seterusnya bilik C. Berada di situ rasa seperti warga emas kerana majoriti yang berada di situ dalam kalangan warga emas. Rasa kesian dan hiba menyelami hati juga pabila melihat anak kecil berusia sekitar 1-6 bulan juga terlibat sekali berada di situ untuk pemeriksaan. Seperti yang dijangka proses menunggu giliran untuk masuk ke bilik demi bilik dan menjalani pemeriksaan selama 6 jam menepati persediaan awal dam minda. Kebiasaan duduk di situ sekitar 5-6 jam.
Pakar dan penolong pakar memberitahu bahawa rayuan diterima agar dipercepatkan 'proses itu' kerana ada individu yang menolak gilirannya. Mengikut kata pakar ketika pertemuan sebulan yang lalu bahawa giliran yang ada hanya pada bulan November dan Disember. Pakar dan penolong pakar menyatakan tarikh yang boleh dijalankan 'proses itu' pada 14 September 2010 bersamaan dengan 5 Syawal 1431 Hijrah; ya... ketika sambutan hari raya yang masih hangat dan panas. Makanya, hari raya tahun ini tumpuan dalam semua aspek menurun kerana fokus terhadap 'proses itu'. Sebelum tarikh itu beberapa perkara harus diselesaikan antaranya tiga hari sebelum tarikh itu perlu menghuni di situ dan pemeriksaan kesihatan yang libatkan seluruh hal harus dijalani sebelum 'proses itu' dibuat; jika kesihatan tidak mengizinkan maka harus ditangguh untuk beberapa hari berikutnya!
Hal ini merupakan rahmat besar-Nya yang kadang kala tidak tercapai oleh akal jika berfikir secara mendatar sahaja, akal kurniaan-Nya harus digunakan sepenuhnya untuk mengetahui betapa dalam dan luasnya kuasa dan rahmat-Nya. Usaha gigih dan keyakinan besar terhadap rahmat-Nya lalu berserah kepada-Nya.
1 ulasan:
Salam RAR,
Gua doakan RAR akan selamat untuk menjalani 'proses' itu. Gua doakan RAR...Harap-harap 5 Syawal ini akan memberikan SINAR baru kepada RAR. Pengalaman pertama harus dijadikan 'kekuatan' yang hebat untuk melaluinya kali kedua...
Catat Ulasan