Jumaat, Oktober 16, 2009

KISAH PIALA DUNIA DAN DIRI INI - 1

















Piala Dunia datang empat tahun sekali, mula mengenali Piala Dunia dalam edisi 1982 yang berlangsung di Sepanyol, ketika itu darjah empat. Piala Dunia1978 di Argentina masih kecil ketika itu berusia 6 tahun. Kalau tidak silap edisi Piala Dunia 1982 merupakan kali pertama banyak siaran langsung televisyen - rasa-rasanya diadakan kutipan derma rakyat bagi membolehkan siaran langsung ini tersiar di Malaysia, paling menarik perhatian ketika itu pabila Itali (juara tahun 1982) bersama Brazil dan Argentina dalam kumpulan pusingan kedua untuk layak ke peringkat separuh akhir. Paolo Rossi mula menyerlah dalam perlawanan peringkat ini; menjaringkan 'hatrik' ketika menewaskan Brazil 3-2. Itulah secebis kisah yang bakal bersambung dalam paparan blog ini seterusnya.
Sementara itu sebagai tanda ingatan dipaparkan di atas logo Piala Dunia tahun 1982 sehingga 2010 termasuk logo tahun 2014.

2 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Menonton Piala Dunia 1998 ketika studi di Urdun dululah yang paling nikmat. Beza cuma dua jam dengan waktu Perancis. Perlawanan bermula jam 3 petang dan berakhir sebelum jam 9 malam.

Namun pasukan paling menarik dan berbakat iaitu Belanda (kendalian Gus Hiddink) ketika itu tidak bernasib baik, tewas di semis kepada Brazil menerusi penalti.

akureformasi berkata...

Baru tahu World Cup ni mase World Cup 98.. Mase tu br darjah 3.. Hehe.. Tp x tgk sangat pun.. Cuma main game FIFA dengan sepupu je mase tu.. =p