Jumaat, Oktober 02, 2009

BBK 2009 MELAKA - GEMA PUISI PATRIOTISME

Hj. Mokhtar Yassin, Ketua Satu Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM).


Fairuzan Abd Majid (johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Melaka).

Penyanyi Azharina Azhar turut mendeklamasikan puisi.

Acara Gema Puisi Patriotisme sempena majlis pelancaran BBK 2009 Peringkat Negeri Melaka juga telah dilaksanakan pada 1 Oktober 2009 di Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka. Acara ini merupakan anjuran bersama DBP Wilayah Selatan, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Kerajaan Negeri Melaka. Para pembaca puisi mendeklamasikan puisi bertemakan bahasa yang berkaitan dengan nilai-nilai patriotisme. Selain itu persembahan lagu-lagu puisi turut dinyanyikan dalam acara ini oleh Kumpulan Pemuisi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Kumpulan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA). Antara pemuisi yang terlibat termasuklah Hj. Mokhtar Yassin (Ketua 1 IPM), Dr. Harun Kidam, Shahrul Mubarak, Norliza Md Yatim (Jabatan Pelajaran Melaka), Mohamad Hj. Musip (Munsyi Dewan DBP - Pensyarah IPGM Melaka), Fairuzan Abd Majid, dan Azharina Azhar. Dalam kalangan tetamu kehormat yang mendeklamasikan puisi termasuklah YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin, Exco Kanan Negeri Melaka, Dato' Hj. Termuzi Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah DBP dan Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin, Timbalan Pengerusi IKSEP.


Terima kasih sepenuh penghargaan buat pihak IKSEP dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka atas pelaksanaan acara baca puisi ini yang diadakan selepas pelancaran BBK 2009 Peringkat Negeri Melaka ini. Sesungguhnya komitmen tinggi kakitangan IKSEP yang diketuai oleh Pengurus Besar, Hj. Aziz Ujang yang terlalu banyak membantu pihak DBPWS sejak awal Ramadan lalu ke arah pelaksanaan acara ini. Pn. Hanita Hassan bersama kakitangan IKSEP yang lain banyak bersusah payah berusaha untuk acara ini sejak mula dibincangkan hingga acara yang sebenarnya pada 1 Oktober 2009 ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohamad Musip

Pada 3 November 2009 saya menunaikan satu tugas yang diamanahkan oleh Jemari Seni Publishing (JS). JS telah meminta saya mengulas dua buah novel karya dua orang anak Johor, Rahsia Hati Sofia (Nazurah Aishah) dan Pealngi (Syud). Majlis berlangsung di Dangi City Mall, JB. Denga khalayak yang terbatas, majlis tetap berlangsung dengan bermakna sekali. Kedua-dua penulis hadir dalam sesi cakap-cakap tentang karya mereka. Kedua-dua novel percintaan itu digarap begitu indah dan sesuai untuk tatapan pembaca yang ingin akan bacaan bermutu. Tahniah dan terima kasih JS kerana turut memeriahkan dunia sastera meskipun dalam lingkungan yang masih kecil. saat ini.

akumurba berkata...

Teruskan usaha murni DBPWS untuk mengangkat martabat puisi dan acara-acara deklamasi puisi.