Khamis, Oktober 08, 2009

BBK 2009 JOHOR - PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Latar pentas perkampungan.


Penceramah / Pembimbing popular Amiruddin Ali didekati peserta.

Amiruddin Ali dalam sesi ceramah dan bengkel teknik deklamasi puisi.
(Catatan: Foto di atas dirakam menggunakan kamera sendiri, tidak sempat untuk merakam foto penceramah lain kerana diri ini tiada ketika penceramah lain (khasnya Sifuku Azhar) berceramah, namun akan diusahakan paparan foto lain yang bakal diambil dalam kamera rasmi DBPWS dan JPNJ sedikit masa lagi.)
Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009 diadakan di Kukup Golf Resort, Kukup, Pontian, Johor pada 4 - 8 Oktober 2009. Program ini merupakan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diselenggarakan oleh Jabatan pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama DBPWS. Secara terus terang dinyatakan bahawa negeri Johor merupakan 'bidan terjun' serta pengurusannya berskala saat-saat akhir dalam penganjuran kali ini kerana pihak Labuan dan Kelantan menolak untuk menjadi tuan rumah. Perkampungan peringkat kebangsaan ini mula diadakan pada tahun 2001, maksudnya edisi ke-9 ini negeri Johor sudah dua kali menjadi tuan rumah, kali pertama Johor tuan rumah pada tahun 2002 di Ledang, Muar, Johor. Seramai 80 pelajar keseluruhannya tingkatan 4 seluruh negeri terlibat kecuali Labuan, Kelantan, Sabah dan Selangor. Pihak DBPWS dipelawa oleh JPNJ untuk bekerjasama juga pada saat-saat akhir. Namun begitu bersempena bulan Oktober 2009 sebagai BBK maka program ini juga dinamakan sempena BBK 2009 Negeri Johor. Pada tahun 2002 ketika Johor menjadi tuan rumah kali pertama, pihak DBPWS juga dipelawa selaku rakan kerjasama.
Catatan Pengalaman Kecil Praperkampungan

1. Saat-saat akhir iaitu menjelang 4-5 hari perkampungan yang sebenarnya, saya dan Cikgu Azhar Salleh dipohon bantuan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) untuk mencari dan menamakan penceramah dan fasilitator bagi pengisian jadual ceramah dan bengkel ilmu penulisan kreatif sepanjang 4 hari pengisian perkampungan ini.
2. Lalu saya bersama Cikgu Azhar Salleh menggunakan pengalaman perkampungan peringkat negeri yang telah diadakan sejak tahun 2002 setiap tahun hingga tahun 2009 ini untuk mengatasi masalah ini. Maka tersenarai 17 nama guru dalam kalangan penulis prolifik dan penggiat sastera dan bahasa, lalu diserahkan kepada JPNJ.
3. Pihak JPNJ menerima 17 nama guru tersebut lalu pihak JPNJ menyerahkan sepenuhnya kepada saya dan Cikgu Azhar menentukan jadual dan pengisian ceramah dan bengkel ilmu penulisan kreatif. Satu mesyuarat segera diadakan di JPNJ melibatkan hampir 12 orang guru yang dinamakan tersebut selaku penceramah dan fasilitator bagi sesi ceramah dan bengkel ilmu penulisan kreatif.
Catatan Pengalaman Kecil Sesi Perkampungan
1. Maka bermulalah perkampungan pada 4 Oktober 2009, saya tidak berkesempatan berada di Kukup, Pontian pada hari pertama dan hari kedua (4 dan 5 Oktober 2009) kerana bertugas melaksanakan 3 program sempena BBK 2009 Negeri Melaka pada 1 - 4 Oktober 2009.
2. Saya mendapat laporan secara langsung melalui telefon dan SMS oleh Sifu Azhar Salleh, Alhamdulillah sesi ceramah dan bengkel ilmu penulisan kreatif berjalan lancar (saya tekankan sekali lagi iaitu khas untuk sesi ceramah dan bengkel ilmu penulisan kreatif - Sifu Azhar dan beberapa rakan guru penceramah dan fasilitator faham akan maksud ini). Penceramah dan pembimbing setiap sesi ditetapkan sepenuhnya dua hari sebelum perkampungan oleh Sifu Azhar kerana saya telah berada di Melaka ketika itu selama 4 hari.
3. Penceramah dan pembimbing sesi termasuklah Sifu Azhar (puisi), Hj. Dzulkarnain Ithnain (motivasi), Zaid Akhtar @ YNWA (cerpen), Hj. Mohd Rosli Bakir (puisi tradisional), Mohd Kasim Mahmud (cerpen), Nazim Mohd Subari (puisi), dan Amiruddin Md. Ali Hanafiah (teknik deklamasi).
4. Saya berkesempatan hadir pada 6 Oktober 2009 setelah selesai program BBK 2009 Negeri Melaka. Antara pengisian sampingan dalam perkampungan ini termasuklah Malam Apresiasi Puisi, Persembahan Budaya Setempat dan Lawatan (7 Ogos 2009). Menariknya juga saat-saat akhir ditetapkan bahawa sesi lawatan akan berkunjung ke DBPWS, itupun setelah saya cadangkan kerana lawatan yang diaturkan seperti kurang manisnya jika tidak ke DBPWS (kerana 3 buah bas akan melawat sekitar Johor Bahru).
5. Para peserta dan guru pengiring termasuk urus setia seramai 100 orang hadir ke pejabat kecil dan kerdil rumah kedai DBPWS pada 7 Ogos 2009 pukul 9.30 pagi - 11 pagi, lalu saya berikan sedikit taklimat tentang peranan DBP, DBPWS dan program BBK 2009 serta ahli rombongan melawat pejabat kecil dan kerdil DBPWS (lot rumah kedai) yang berjiran dengan sebuah bank dan sebuah stesen minyak.
6. Malam 7 Ogos 2009 majlis penutupan, beberapa 'gangguan' dalam majlis penutupan ini antaranya kehadiran VIP untuk menutup rasmi dan masalah teknikal sedikit mengganggu majlis pada malam tersebut. Bukan untuk menyatakan salah sesiapa tetapi kami pihak penceramah dan fasilitator tidak terlibat dalam Jawatankuasa (JK) ini, ramai dilantik untuk kerja pelbagai JK itu dan ini; kami rasa agak terganggu atas 'gangguan' itu kerana jadual dan pengisian saat-saat akhir untuk sesi ceramah dan bengkel ilmu penulisan kreatif berjalan sebaiknya walaupun agak lemas sebelum perkampungan bermula tempoh hari.
7. Saya dan Sifu Azhar turut mencadangkan kepada pihak JPNJ agar karya pelajar yang terbaik dalam perkampungan peringkat kebangsaan ini diusahakan penerbitan antologinya seperti amalan perkampungan peringkat negeri Johor dan Melaka sejak tahun 2002 menerbitkan antologi karya pelajar yang menyertai perkampungan peringkat negeri ini. Pihak JPNJ berminat serta cuba berusaha menjelaskan perkara ini kepada pihak KPM. Sama-sama kita nantikannya, namun untuk hasil karya pelajar perkampungan negeri Johor dan Melaka tahun 2008 - 2009 sedang saya usahakan penerbitannya kini.
Terima kasih buat JPNJ yang melibatkan DBPWS selaku rakan kerjasama penganjuran peringkat kebangsaan ini walaupun ada 'gangguan' dan berskala 'bidan terjun' ini; tetapi ada hikmah besar kurnian-Nya berdasarkan pengalaman yang diperoleh buat kali ini, pengalaman yang ditimba dapat mematangkan fikiran dan cara bertindak. Pengalaman kali cukup menjadi kenangan dan panduan dalam usaha menggerakkan lebih giat hal-hal berkaitan kemajuan sastera dan bahasa Melayu. Buat guru yang dinamakan selaku penceramah dan fasilitator antaranya Sifu Azhar, Zaid Akhtar @ YNWA, Mohd Kasim Mahmud, Amiruddin Ali, Dzulkarnain Ithnain, Mohd Rosli Bakir, Nazim Mohd Subari, Hamzah Rahman Soriat, Md Nizar Parman, A. Hamid Jemain, Rohaidah Yon, Ruzaini Yahya, Khuzaimah Siraj, Zulaiha Paikon dan beberapa nama lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung atas kelancaran sesi ceramah dan bengkel ilmu penulisan kreatif termasuk guru pembimbing dari negeri lain; ya... sempat juga berkenalan dengan penulis guru yang prolifik peringkat kebangsaan dari Pahang iaitu Cikgu Shahrunizam.

6 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam Saudara RAR,
Walaupun saudara mengatakan bahawa program ini berskala "bidang terjun", tetapi saya sangat yakin dan percaya bahawa DBPWS selaku rakan kerjasama ternyata tidak mengecewakan. "Orang kuat" seperti saudara yang tiba-tiba diminta untuk menghulurkan tangan telah berjaya memainkan peranannya dengan begitu baik (boleh bagi 5 bintang ni...). Saya melihat sesuatu program ini berdasarkan hasil (dapatan). Ternyatalah bahawa Perkampungan Penulis Muda peringkat negeri yang diadakan sebelum ini (di Tanjung Puteri Resort 2009) telah berjaya melahirkan peserta-peserta berkualiti dari negeri kuda kepang ini. Saudara dan Azhar Salleh merupakan gandingan yang sangat mantap! Tahniah, bro...

zaidakhtar berkata...

saya asalnya berat untuk hadir ke Kukup. tapi mengenangkan Tuan RAR dan Sdr Azhar...

You'll never walk alone!

azura berkata...

RAR,
Tahniah atas kelancaran program sepanjang BBK 2009.Terkilan juga krn tidak berkesempatan menonton teater di Melaka.Mlm n baru boleh tidur lena krn pelancaran di Kota Tinggi telah selesai.Terima kasih atas kerjasama, idea dan sokongan padu.

Antologi karya pelajar wajar diterbitkan.Kalau ada yg bagus2 boleh jgk dihantar ke Jendela Selatan.

sahrunizam abdul talib berkata...

Terima kasih atas budi baik tuan. Saya sentiasa mengenangnya.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Alhamdulillah, syukur krn perkampungan telah dapat dilaksanakan. Biarpun bersifat bidan terjun@tergesa-gesa@kerenah peringkat JPNJ@kekurangan di sini sana, namun kuasa Allah swt mengatasinya segala-galanya. Namun begitu, saya tetap berpendapat bahawa perkampungan ini mencapai tujuannya. Dan sekali lagi membuktikan bahawa gandingan DBPWS (Unit Sastera) dgn penulis2 Johor terus mantap dan wujud keserasian. Dan sekali lagi saya percaya bahawa keputusan "kita" utk tidak memfokuskan soal persembahan dan seumpamanya sebelum ini adalah tepat. Lihat sahaja pengisian ini, yang pada pandangan saya (turut dimaklumkan kpd saya oleh guru2 dri negeri lain)tidak banyak membantu perkampungan, sedangkan pengisian2 lain (seperti bengkel dan ceramah) sangat bermanfaat dan tidak mengecewakan (walaupun perancangannya agak tergesa-gesa lantaran sikap manusia itu). Tetapi, dalam perjalanan pulang ke JB, "manusia itu" berulang-ulang kali berterima kasih kpd saya dan rakan-rakan fasilitator dan berulang-ulang kali berterima kasih kpd DBPWS, khasnya RAR. Perkampungan pada kali ini, walaupun demikian perencanaannya, namun pelaksanaannya dapatlah dikatakan berjaya! Tahniah kepada semua warga kerja.

p/s: kepada fasilitator yg belum mendapat sijil penghargaan/sijil penyertaan, sila hubungi saya. Terima kasih.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Nizar,
Terima kasih atas ucapan yang diberikan. Saya berusaha sesungguh daya yang semampunya dalam konteks kerja hakiki seadanya, ditambah minat dan sayang dalam pelaksanaan program berteraskan sastera dan bahasa selama ini. Kejayaan kecil ini juga besar pengorbanannya oleh Sifu Azhar serta semua guru yang telibat khasnya 15 nama guru yang terlibat selaku penceramah dan fasilitator termasuk cikgu juga.

Cikgu Zaid @ YNWA,
Besar juga pengaruh insan kecil dan kerdil ini ya... hehehe. Berbanyak terima kasih atas pelibatan dan bantuan cikgu itu. Dan sememangnya saya 'tidak berjalan sendirian'.

Azura,
Tahniah juga atas kelancaran majlis pelancaran BBK 2009 Daerah Kota Tinggi pada Jumaat lalu. Kerjasama dan bantuan tetap saya diberikan semampunya jika seseorang itu sering bertanya, merujuk dan inginkan pandangan/pendapat kita... (Azura amat faham itu...)

Cikgu Sahrunizam,
Terima kasih juga atas bantuan cikgu kepada guru-guru negeri Johor yang terlibat selaku penceramah dan fasilitator.

Sifuku Azhar,
1. Rasa gelisah dan cemas kita ketika praperkampungan sememangnya pengalaman baharu dan indah, dalam keadaan itu khasnya cikgu tetap tenang (walaupun nada suara dan air muka terkesan cemas dan berserabut), diaturkan sebaik mungkin walaupun kita sedari tentang 'manusia yang seorang itu'.
2. Matlamat kita untuk mengubah pengisian program iaitu lebih terarah kepada pengisian ilmu penulisan yang berfaedah berjaya juga walaupun agak tertekan kerana 'saat-saat akhir dan bidan terjun'. Moga langkah berani kita ini di Kukup boleh menjadi panduan @ pemula yang berilmu serta berfaedah untuk perkampungan kebangsaan seterusnya. Kita sedari dan mendapat khabar bahawa sejak perkampungan kebangsaan 2001 hingga 2008 banyak pengisian lebih terarah kepada persembahan. Kita khasnya cikgu penuh semangat untuk membuktikan bahawa pengisian ilmu itu lebih utama. TAHNIAH BESAR SIFUKU.
3. Sesungguhnya tanpa cikgu saya juga tidak akan berjaya dalam hal ini serta ingin mengubah jadual pengisian ceramah dan bengkel ilmu penulisan kreatif.