Ahad, Oktober 11, 2009

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2010 - ARGENTINA BERNASIB BAIK SEMACAM MAN U?

Zon Eropah - Italy dan Germany Layak

Hari ini pasukan Italy, Serbia, Germany dan Denmark mengiringi pasukan Belanda, England dan Sepanyol layak ke Piala Dunia 2010. Berbaki satu perlawanan lagi Portugal mula ada peningkatan pabila kini menduduki tangga kedua kumpulan 1 di belakang Denmark (yang telah layak) namun dihimpit oleh pasukan Sweden di tempat ketiga dengan perbezaan satu mata sahaja. Pasukan yang menghuni tangga kedua dalam zon Eropah yang mempunyai 9 kumpulan ini akan bermain timbal balik untuk mengesahkan tempat ke Afrika Selatan tahun hadapan. Antara pasukan besar yang berkemungkinan bakal bermain 'play-off' ini termasuklah France, Rusia dan Portugal; berkemungkinan juga nanti France akan menentang Portugal untuk layak? Juara Piala Dunia 2006 Italy akhirnya layak dengan menjuarai kumpulan 8, Serbia menjuarai kumpulan 7, Germany johan kumpulan 4 dan Denmark menguasai kumpulan 1. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan zon Eropah pada 14 Oktober ini.


Zon Amerika Selatan - Argentina Belum Layak, Main Penuh Lagak!

Teruk dan menghampakan! Argentina menang gol saat-saat akhir ke atas Peru 2 - 1, permainan Argentina sungguh mengecewakan - penuh lagak kerana ramai pemain bintang besar lebih banyak menunjukkan skil peribadi tetapi sebagai satu pasukan terkial-kial untuk menjaringkan gol. Banyak peluang namun ditekan hebat Peru, Argentina masih belum layak kini memungut 25 mata masih di tempat keempat dengan berbaki satu perlawanan, pasukan Uruguay di tempat kelima dengan 24 mata. Perlawanan 'hidup mati' Argentina pada 14 Oktober ini menentang Uruguay di Montevideo, Uruguay; hanya pilihan menang sahaja akan membuatkan Argentina layak ke Piala Dunia 2010 bersama tiga pasukan zon Amerika Selatan iaitu Brazil, Paraguay dan Chile. Kini Argentina bersaing bersama Uruguay (24 mata - tempat kelima) dan Ecuador (23 mata - tempat keenam) untuk mengisi tempat keempat layak ke Afrika Selatan.


Zon Afrika - Ivory Coast dan Ghana Sudah Layak

Sedari awal lagi ketika FIFA menetapkan kuota pasukan benua Afrika hanya 5 pasukan yang layak (tidak termasuk Afrika Selatan selaku tuan rumah), sememangnya tidak adil iaitu sama dengan kuota pasukan benua Asia. Hebatkah pasukan benua Asia? Ghana dan Ivory Coast layak, makanya tinggal 3 pasukan lagi dalam zon Afrika yang akan mengisi kuota tersebut; apakah akan terisi oleh pasukan Cameroon, Algeria, Tunisia, Mesir dan Nigeria?



Catatan Kecil: Kecewa jika Argentina, Portugal dan France tidak layak; Piala Dunia 2010 kurang meriahnya jika pasukan besar ini tidak layak. FIFA harus ketepikan pasukan Asia, sepatutnya hanya 1 - 2 pasukan sahaja wakil Asia bukan 4 - 5 negara, manakala pasukan benua Eropah, Amerika Selatan dan Afrika harus ditambah. HEBAT SANGATKAH PASUKAN-PASUKAN NEGARA ASIA INI... HEBATKAH PASUKAN 1 MALAYSIA JIKA LAYAK KE PIALA DUNIA...?

1 ulasan:

rafa berkata...

Rio Ferdinand masih pening lalat lagi mcm Fergie juga. Belum fit tapi sibuk nak main. Fabio must drop Rio!