Khamis, Oktober 08, 2009

BBK 2009 MELAKA - PEMENTASAN DUA TEATER SKALA KECIL

Brosur Atur Cara (diambil dalam blog Perjalanan Salik - Rahimidin Zahari).

Rosnan Abd Rahman membawa 4-5 watak dalam 'Rebab Berbisik'.

Pak Su (Rosnan) dengan pemuzik rebab.
Pementasan Teater Monodrama 'Rebab Berbisik' dan Teater Mini 15 Minit 'Bidan Ketujuh' dipentasakan sempena BBK 2009 Peringkat Negeri Melaka telah dilaksanakan pada 3 - 4 Oktober 2009 di Panggung Seri, Taman Budaya, Jabatan Kebuduayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka (JKKNNM), Ayer Keroh, Melaka. Acara ini merupakan anjuran bersama DBP Wilayah Selatan dan JKKNNM dengan kerjasama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan RTM Melaka (Melaka FM). Dua teater berskala kecil ini merupakan arahan dan skrip Rahimidin Zahari, seorang penulis kreatif prolifik sejak tahun 1990-an, dan kini pegawai di Istana Budaya. Dua kali pementasan diadakan iaitu pada 3 Oktober 2009 (pukul 8.30 malam) dan 4 Oktober 2009 (3.00 petang). Syukur kerana kehadiran penonton dalam pementasan ini lebih separuh (dalam 300 orang setiap pementasan). Kapasiti Panggung Seri ini yang boleh memuatkan 500 penonton secara maksimum. Pementasan pada 3 Oktober 2009 dihadiri oleh Datuk Omar Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Datuk Azizan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; turut hadir YB Norpipah, Exco Kerajaan Negeri Melaka, Pengarah DBPWS, Pengarah JKKNNM dan Pengurus Besar IKSEP.
Terima kasih sepenuh penghargaan buat pihak Rahimidin Zahari bersama Rosnan (pelakon Rebab Berbisik), Milyana (pelakon Bidan Ketujuh), petugas teknikal dan empat orang pemuzik dalam pementasan ini, juga buat En. Zainal Jaslan, pegawai JKKNNM bersama petugas/ kakitangan JKKNNM dan usaha gigih kakitangan IKSEP atas pelaksanaan pementasan teater sempena BBK 2009 Negeri Melaka ini. Sesungguhnya komitmen tinggi kakitangan JKKNNM dan IKSEP yang diketuai oleh Pengurus Besar, Hj. Aziz Ujang yang terlalu banyak membantu pihak DBPWS sejak awal Ramadan lalu ke arah pelaksanaan acara ini. Pn. Hanita Hassan bersama kakitangan IKSEP yang lain banyak bersusah payah berusaha untuk pementasan ini sejak mula dibincangkan hingga acara yang sebenarnya pada 3 - 4 Oktober 2009 ini.

1 ulasan:

Rahimidin Z berkata...

Terima kasih untuk tuan.